Ahad, 7 Julai 2013

BAB 1 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

BAB 1 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN


PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

1.1       Pengenalan Perniagaan
Perniagaan wujud apabila manusia mengkhususkan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang mereka berkemahiran dan cekap. Perniagaan banyak memberi faedah kepada manusia kerana aktiviti-aktiviti perniagaan dapat memenuhi kehendak dan keperluan manusia dengan menyediakan berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan sama ada di dalam negara ataupun diimport dari luar negara.
Selain itu, perniagaan juga menjanakan keuntungan yang menggalakkan manusia berkecimpung dan mengembangkan perniagaan pulangan kepada pemilik-pemilik yang sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan masa mereka.
1.1.1   Definisi Perniagaan
“Business is the distribution and exchange of all the surplus goods produced in the fields, seas, forests and factories of the earth so that they reach the final consumer in the right place and at the right price”
Perniagaan merupakan pengagihan dan pertukaran semua barangan berlebihan yang dihasilkan daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan dan kilang-kilang supaya mereka dapat diperoleh oleh pengguna terakhhir pada tempat dan harga yang berpatutan.

Vincent A. Gabriel (1995) m.s 5

Perniagaan merupakan semua kegiatan membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan dengan tujuan mendapat keuntungan.

Teng Yoon Soon, Lok Chung Hwa dan

Abdullah Munsi b. Abdul Rahim (1999) m.s 1

Perniagaan adalah pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan atau sebarang bentuk faedah.

Zumilah Zainalaludin (1999) m.s 3

Perniagaan boleh didefinisikan sebagai pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang atau alat pertukaran lain, bertujuan untuk mendapat keuntungan atau sebarang bentuk faedah.

Norhayah Zulkifli et. al (1999) m.s 2

“Business is an organization that provides goods or services in order to earn profits”
Perniagaan merupakan suatu organisasi yang membekalkan barangan atau perkhidmatan untuk mendapat keuntungan.

Ronald J. Ebert dan Ricky W. Griffin (1998) m.s 2

Rumusan

Berdasarkan definisi-definisi yang dikemukakan di atas, maka perniagaan dapat ditakrifkan sebagai:-
Suatu usaha untuk mengagih dan menukarkan barangan yang berbentuk barang fizikal atau perkhidmatan atau kedua-duanya daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir pada tempat dan harga yang berpatutan. Usaha pemindahan dan pertukaran barangan ini dijalankan berasaskan alat pertukaran yang telah dipersetujui oleh pengeluar asal dan pengguna terakhir. Pertukaran sedemikian akan membawa faedah dan keuntungan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha ini.
1.1.2   Barangniaga
Ia juga dikenali sebagai produk atau keluaran. Barangniaga terdiri daripada unit-unit yang dapat dilihat, dihidu, dirasa dan disentuh secara fizikal seperti baju, keropok, anak patung mainan dan sebagainya.
1.1.3   Perkhidmatan
Ia merupakan sesuatu keluaran yang tidak dapat dilihat, dihidu, dirasa dan disentuh secara fizikal. Namun demikian, kehadirannya akan memenuhi keperluan dan kehendak pembeli atau penggunanya. Contoh-contoh perkhidmatan adalah perkhidmatan pakar perubatan, bank, insuran, pendidikan Kolej Matrikulasi dan sebagainya.
1.1.4   Keuntungan
Keuntungan merupakan perbezaan di antara pendapatan dan perbelanjaan perniagaan. Keuntungan perniagaan yang menggalakkan peniaga-peniaga untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka. Ia juga merupakan pulangan atau ganjaran kepada peniaga-peniaga yang sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan masa mereka.
Keuntungan (perniagaan) = Pendapatan  -  Perbelanjaan
Keuntungan (ekonomi) = Pendapatan – (Perbelanjaan + Kos Melepas*)
* Kos melepas merupakan kos yang terpaksa dilepaskan kerana membuat sesuatu pilihan.
1.1.5   Faedah
Faedah juga dikenali sebagai kebaikan atau kelebihan. Semua pihak yang terlibat dalam perniagaan akan memperolehi faedah. Misalnya, seorang peniaga yang menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan akan memberi faedah kepada pelanggannya. Pelanggan itu akan menggunakan barangan atau perkhidmatan yang disediakan untuk kepentingan diri iaitu mencapai matlamat individu atau organisasi. Pada masa yang sama, peniaga yang memberi perkhidmatan atau menjual barang akan dibayar oleh pelanggannya.
1.1.6   Kepuasan
Apabila kehendak dan keperluan seseorang itu dipenuhi, maka dia akan berasa puas hati. Jika tidak, kepuasannya tidak akan tercapai. Misalnya, barang atau perkhidmatan yang dibeli oleh seseorang itu dapat memenuhi keperluan dan kehendak pihak pembeli, maka pembeli akan berasa puashati. Begitu juga dengan penjual barang atau perkhidmatan. Bayaran yang diperoleh daripada jualan barang atau perkhidmatan dan ia digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak penjual, maka penjual akan mencapai kepuasan.
1.1.7   Objektif Perniagaan
Keuntungan iaitu perbezaan diantara kos pengeluaran (perbelanjaan) dan apa yang pelanggan-pelanggan mahu bayar untuk sesuatu produk (pendapatan) merupakan salah satu asas dalam sistem  ekonomi kapitalis.

Keuntungan

Pada jangka masa panjang, keuntungan ialah objektif utama untuk kebanyakan organisasi perniagaan sama ada bersaiz besar atau kecil. Keuntungan merupakan faktor atau daya tarikan kepada seseorang individu untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan dan peniaga untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain itu, keuntungan boleh menjadi pengukur prestasi sesebuah organisasi perniagaan, sama ada disifatkan berjaya atau gagal.
Namun, persepsi atau tanggapan masyarakat terhadap keuntungan sebagai objektif utama dalam bidang perniagaan mula berubah. Banyak organisasi perniagaan sanggup berkorban keuntungan pada jangka masa pendek untuk objektif perniagaan pada jangka masa panjang. Contohnya, banyak organisasi perniagaan Jepun berjaya bersaing dan memasuki pasaran Amerika Syarikat kerana mereka sanggup untuk menangguhkan keuntungan pada peringkat permulaan dengan menawarkan produk yang bermutu dan berharga rendah.
Pada zaman ekonomi berpengetahuan (k-economy), organisasi perniagaan yang mengutamakan keuntungan semata-mata sebagai objektif utama sering dikritik malah disangsikan oleh masyarakat umum. Oleh sebab itu, sebahagian besar organisasi perniagaan hari ini mengubah pendirian mereka daripada terlalu mengutamakan keuntungan kepada pertimbangan-pertimbangan yang dapat diterima oleh masyarakat umum seperti tanggungjawab sosial, kerja-kerja amal dan sebagainya.
Kemandirian (Survival)
Kewujudan sesebuah organisasi perniagaan baru atau semasa keadaan ekonomi yang tidak stabil, objektif kemandirian (survival) adalah lebih penting daripada keuntungan. Kemandirian bertujuan untuk menyedarkan masyarakat umum tentang kewujudan organisasi perniagaan itu. Organisasi perniagaan harus cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian masyarakat umum tentang kewujudannya. Lazimnya, organisasi perniagaan mengalami kerugian di peringkat kemandirian tetapi fenomena ini tidak berkekalan. Pihak peniaga juga harus memastikan bahawa jangka masa kerugian yang dialami di peringkat kemandirian adalah singkat dan tidak berlarutan. Jika tidak, kerugian yang dialami itu bertambah dan sukar untuk ditanggung oleh organisasi perniagaan yang terbabit. Ini akan menggagalkan organisasi perniagaan pada akhirnya.

Pertumbuhan

Apabila organisasi perniagaan berjaya memperkenalkan diri dan menyedarkan masyarakat umum tentang kewujudannya, maka ia harus berusaha untuk mengurangkan kerugian yang dialami di peringkat kemandirian. Pada masa yang sama, usaha peningkatan keuntungan patut ditekankan supaya organisasi perniagaan itu bertumbuh dan terus membesar dan berdaya saing dengan organisasi perniagaan lain sama ada organisasi perniagaan tempatan ataupun antarabangsa.
Tanggungjawab Sosial
Pada hakikatnya, kemandirian dan pertumbuhan sesebuag organisasi perniagaan dipengaruhi oleh tahap penerimaan serta sambutan masyarakat umum terhadap organisasi perniagaan yang berkenaan dan aktiviti-aktiviti perniagaannya. Oleh itu, organisasi perniagaan itu harus memenuhi tanggungjawab sosialnya dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan, menjual barangan yang baik dan bermutu tinggi, menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat dengan cekap dan pada kadar atau harga yang berpatutan, membantu negara untuk mempertingkatkan kedudukan ekonominya.
1.2       Kepentingan Perniagaan
Perniagaan merupakan suatu bidang yang berpengaruh kepada kehidupan seluruh manusia dan seluruh dunia. Kefahaman terhadap konsep perniagaan amat penting untuk kehidupan harianseluruh manusia kerana ia dapat memberi kesan atau impak kepada manusia dalam aspek-aspek seperti:-
1.2.1   Memenuhi Keperluan Masyarakat
Perniagaan dapat memenuhi keperluan masyarakat. Hasil daripada aktiviti-aktiviti perniagaan, iaitu urusan pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan, para peniaga akan memperolehi keuntungan manakala pihak pembeli dan pengguna pula memiliki barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Contohnya, penjual air kacang soya di tepi jalan raya akan mendapat keuntungan apabila air kacang soyanya dibeli oleh pembeli. Pada masa yang sama, pembeli yang membeli dan meminum air kacang soya itu dapat memenuhi keperluan dan kehendaknya iaitu menghilangkan dahaga.
1.2.2   Menyediakan Pekerjaan Kepada Masyarakat
Sebahagian besar masyarakat menyara kehidupan mereka melalui pekerjaan yang diperolehi daripada sektor perniagaan. Masyarakat boleh bekerja sebagai peniaga atau sebagai pekerja dalam organisasi perniagaan. Pendapatan yang diterima melalui pekerjaan yang diperolehi daripada sektor perniagaan dapat menyara malah meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Selain itu, pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan dan terdesak semasa berlakunya kemelesetan ekonomi boleh beralih kepada perniagaan terutamanya perniagaan secara kecil-kecilan sebagai sumber rezeki yang baru.
1.2.3   Tidak Ditipu
Dalam kehidupan sehari-hari, kefahaman terhadap konsep perniagaan dapat membantu malah mencegah pengguna terakhir daripada ditipu oleh para peniaga yang menggunakan teknik-teknik perniagaan yang berniat serong seperti perniagaan seperti perniagaan jualan murah di pasaran. Pembeli-pembeli harus bijak dan berhati-hati semasa membeli-belah barangniaga jualan murah. Bukan semua barangniaga yang ditawarkan jual murah itu sebenarnya murah. Setengah-setengahnya memang berharga murah dan setengah-setengah lagi mungkin lebih mahal daripada harga biasa.
1.2.4   Memahami Pergolakan Perniagaan
Kefahaman terhadap konsep perniagaan akan dapat membantu dan memudahkan lagi individu ataupun organisasi untuk memahami dan mengenal pasti sebarang pergolakan perniagaan semasa. Misalnya, Syarikat A sedang menghadapi masalah kewangan, maka kita boleh mengambil kesempatan ini untuk memiliki syarikat yang berkenaan dengan membeli saham-sahamnya atau tidak.
1.2.5   Kehidupan Yang Lebih Mewah
Masyarakat yang giat berkecimpung dalam bidang perniagaan akan meningkatkan kedudukan sosioekonomi mereka terutamanya dalam sistem ekonomi kapitalis atau sistem ekonomi campuran. Pada umumnya, individu yang berilmu perniagaan dan terlibat dalam bidang perniagaan menikmati taraf hidup atau kehidupan yang lebih mewah berbanding dengan individu yang kurang ilmu perniagaan dan kurang terlibat dalam bidang perniagaan.
1.2.6   Meningkatkan Pembangunan
Dalam usaha untuk menyakin dan menarik pelaburan daripada pelabur-pelabur sama ada pelabur-pelabur asing ataupun pelabur-pelabur tempatan, pihak berkuasa akan cuba memperbaiki kemudahan asas atau infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik di sesebuah tempat. Peningkatan prasarana asas ini secara tidak langsung membawa kesan kepada pembangunan kawasan dan masyarakat tempatan yang terlibat dalam perniagaan.
1.2.7   Peluang Global
Masyarakat yang berilmu perniagaan akan memudahkan negara untuk menceburi dalam perniagaan di peringkat antarabangsa atau global. Penguasaan ilmu perniagaan membolehkan peniaga-peniaga negara kita bersaing terutamanya dengan peniaga-peniaga dari negara-negara maju. Kita memerlukan kemahiran, kepakaran dan lebihan persaingan (competitive edge) yang tinggi dan berkualiti untuk maju dan menjayakan perniagaan di peringkat antarabangsa atau global.
Contoh soalan Pendek STPM
1.1 Pengenalan Kepada Perniagaan

Q1: Jelaskan maksud perniagaan.
 【2M】
Perniagaan boleh dimaksudkan sebagai aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan dengan bermotifkan keuntungan.
Q2: Secara ringkas, bezakan antara perniagaan dan bukan perniagaan. 【3M】
Perniagaan merupakan sebuah organisasi yang menggemblengkan semua sumber untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan bagi tujuan memaksimumkan keuntungan.
Bukan perniagaan merujuk kepada organisasi yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak bermotifkan keuntungan.
Q3: Nyatakan empat unsur penting dalam perniagaan. 【2M】
(a) Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
(b) Barangan atau perkhidmatan
(c) Pertukaran nilai
(d) Keuntungan perniagaan
Q4: Berikan definisi keuntungan. 【2M】
Keuntungan ialah baki pendapatan setelah semua perbelanjaan pengeluaran dan pemasaran barangan atau perkhidmatan ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah penerimaan.
Q5: Nyatakan lima komponen yang terdapat dalam setiap organisasi merujuk pandangan Mintzberg. 【2½M】
(a) Manusia
(b) Matlamat atau objektif
(c) Struktur organisasi
(d) Aktiviti
(e) Kawalan
Q6: Nyatakan dua jenis keuntungan perniagaan. 【1M】
(a) Untung kasar
(b) Untung bersih
Q7: Senaraikan empat sebab sesebuah perniagaan berusaha untuk mencapai keuntungan.【2M】
(a) Mengekalkan kedudukan perniagaan
(b) Membentuk strategi perniagaan yang berkesan
(c) Mengembangkan perniagaan
(d) Memenuhi kehendak pemilik perniagaan
Q8: Berikan empat peranan penting perniagaan dalam sesebuah negara. 【2M】
(a) Meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara
(b) Mewujudkan peluang pekerjaan
(c) Meningkatkan aktiviti pengeluaran dan eksport
(d) Menyumbang kepada pendapatan negara
Q9: Nyatakan empat keadaan ekonomi yang dapat merangsang perkembangan sesebuah perniagaan. 【2M】
(a) Ekonomi yang stabil
(b) Sistem kewangan yang liberal
(c) Kuasa beli pengguna yang tinggi
(d) Nilai mata wang yang stabil
Q10: Senaraikan empat tahap penting dalam kitaran perniagaan. 【2M】
(a) Pertumbuhan
(b) Kemerosotan
(c) Kemelesetan
(d) Kemewahan
Q11: Bincangkan secara terperinci tahap kemerosotan dan tahap kemelesetan dalam kitaran perniagaan. 【3M】
Tahap kemerosotan berlaku apabila kadar pertumbuhan perniagaan menurun selepas mencapai tahap pertumbuhan yang paling tinggi. Namun, kadar pertumbuhan perniagaan masih bernilai positif.
Kemerosotan yang berterusan dalam ekonomi akan menyebabkan kadar pertumbuhan perniagaan terus menurun sehingga perniagaan mengalami tahap kemelesetan. Tahap kemelesetan berlaku apabila kadar pertumbuhan perniagaan bernilai negatif.
Q12: Nyatakan empat jenis sistem ekonomi utama. 【2M】
(a) Pasaran bebas
(b) Komunis
(c) Sosialis
(d) Campuran
Q13: Terangkan empat faktor penting pengeluaran. 【4M】
Faktor pengeluaran merupakan sumber-sumber yang digunakan untuk mengeluarkan barangan atau perkhidmatan. Faktor-faktor pengeluaran terdiri daripada empat elemen utama iaitu tanah, buruh, modal dan usahawan.
(a) Tanah merupakan sumber alam yang berharga atau produktif yang boleh digunakan untuk pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
(b) Buruh merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada barangan atau perkhidmatan.
(c) Modal merujuk kepada bentuk kewangan, bahan mentah, peralatan, kelengkapan, jentera, atau bangunan yang digunakan untuk pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
(d) Usahawan merupakan orang yang merancang aktiviti perniagaan dengan menggabungkan dan menggunakan kombinasi faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada.
Q14: Nyatakan lima tahap penting dalam proses perniagaan bagi semua jenis perniagaan.【2½M】
(a) Input
(b) Transformasi
(c) Output
(d) Proses pemasaran
(e) Penjanaan untung atau rugi

PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Persekitaran Perniagaan
Berdasarkan teori system, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Namun, persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran.
1.3.1   Persekitaran Tugas (Pihak-pihak Yang Berkepentingan)
Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada elemen-elemen perniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pelabur, pekerja, pengguna dan pembekal. Elemen-elemen ini berinteraksi dan mempunyai hubungan langsung dalam pem,bentukan polisi, prosedur-prosedur dan system sesebuag organisasi perniagaan.
1.3.1.1            Pemilik Perniagaan
Pemilik perniagaan juga dikenali sebagai tuan punya atau towkay perniagaan. Pemilik perniagaan terdiri daripada individu atau kumpulan-kumpulan individu yang telah menyumbangkan modal dan memiliki organisasi perniagaan. Pada amnya, pemilik perniagaan yang mengendali dan menjalankan operasi harian perniagaan. Penglibatan pemilik perniagaan secara langsung dalam operasi harian pasti akan mempengaruhi perjalanan perniagaan.
1.3.1.2            Pelabur
Pelabur juga merupakan pemodal organisasi perniagaan. Pelabur terdiri daripada individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Setengah-setengah pelabur menyuntikkan modal yang besar dalam organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wang ataupun teknologi yang tinggi kerana mereka mempunyai kepentingan dengan perniagaan yang berkenaan. Pelabur demikian akan bergiat dalam perjalanan perniagaan tersebut. Mereka inginkan pulangan yang baik.
Ada juga pelabur yang menyumbangkan modal dalam organisasi perniagaan melalui pembelian saham atau syer . Mereka akan membeli saham organisasi perniagaan apabila harganya rendah dan menjual apabila harganya meningkat. Pelabur demikian merupakan pemilik organisasi perniagaan yang pasif. Mereka, pada amnya, tidak terlibat secara aktif dalam menjalankan perniagaan.
Pelabur menyumbangkan modal dalam sesebuah organisasi perniagaan bertujuan untuk memperolehi keuntungan. Matlamat pulangan pelaburan yang telah ditetapkan oleh pelabur nescaya mempengaruhi keputusan, dasar serta aktiviti-aktiviti perniagaan. Oleh itu, organisasi perniagaan perlu mengambil tindak-tanduk yang dapat memenuhi kehendak pelabur jangka masa pendek dan juga pelabur jangka masa panjang.
1.3.1.3            Pekerja
Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan. Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain seperti cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi oleh kesatuan sekerja dan juga kerajaan.
Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian yang rapi. Namun, pengambilan pekerja, hubungan perindustrian diantara pemilik perniagaan dan kesatuan sekerja serta kerajaan akan memberi kesan kepada penentuan bentuk sistem, dasar, perancangan strategi dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perniagaan.
1.3.1.4            Pengguna
Pengguna merupakan individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu diberi keutamaan oleh organisasi perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat bergantung kepada kepada golongan pengguna. Permintaan golongan pengguna terhadap barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya yang disediakan oleh organisasi perniagaan menetapkan sejauh manakah pencapaian objektif / matlamat organisasi perniagaan iaitu mendapat keuntungan.
Kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan organisasi perniagaan terhadap jenis atau barangniaga yang hendak ditawarkan di pasaran. Organisasi perniagaan harus sentiasa menilai sama ada keluarannya dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Sekiranya keluaran yang ditawarkan oleh organisasi perniagaan itu tidak diminati dan tidak disambut baik oleh pengguna, maka organisasi perniagaan akan menanggung risiko tidak terjual yang tinggi dan ini pasti merugikannya.
Selain itu, keluaran organisasi perniagaan perlu mempunyai inovasi, berkreativiti dan berkembang maju supaya keperluan dan citarasa pengguna selari dengan perkembangan teknologi dunia hari ini.
1.3.1.5            Pembekal
Pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi perniagaan untuk dijadikan barangniaga yang boleh dijual dan memenuhi citarasa pengguna. Pembekal sendiri juga peniaga yang mendapat keuntungan daripada jualan bahannya kepada organisasi perniagaan lain seperti kedai runcit, pasaraya.
Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Pada hakikatnya, kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain dalam dunia perniagaan. Interaksi diantara pembekal dan organisasi perniagaan banyak memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan / operasi dan kemajuan sesebuah organisasi perniagaan. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin perjalanan / operasi sesebuah organisasi perniagaan tidak terganggu dan terus berkembang.
1.3.1.6            Sistem dan Prosedur
Selain factor-faktor persekitaran perniagaan dalaman  yang telah dibincangkan tadi, semua prosedur dan sistem organisasi yang diamalkan akan turut mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat oleh pihak pengurusan. Keputusan perniagaan yang dibuat berdasarkan prosedur dan sistem organisasi yang diamalkan akan mengarah organisasi perniagaan itu ke arah pencapaian matlamatnya.
1.3.2   Persekitaran Umum
Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung. Diantaranya elemen-elemen persekitaran perniagaan luaran ialah persaingan, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan dan persekitaran global / antarabangsa.
1.3.2.1            Persaingan
Dalam system ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran persaingan yang dinamik. Persaing iaitu organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan barangniaga atau perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti, kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi perniagaan di dunia perniagaan. Persaing cuba membaiki produk mereka supaya dapat berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah menguasai pasaran. Contohnya, di bidang automobil Proton telah berjaya mengeluarkan kereta yang dapat berdaya saing dengan pengeluar-pengeluar kereta yang lain di Malaysia. Dengan perkataan lain, persaingan boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada perjalanan sesebuah organisasi perniagaan.
1.3.2.2            Ekonomi
Dalam perancangan organisasi perniagaan baik jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang, peniaga-peniaga harus prihatin dan peka kepada perubahan ekonomi. Keadaan ekonomi baik ekonomi tempatan mahupun ekonomi antarabangsa atau global, banyak berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Ia akan mempengaruhi operasi, prestasi dan dasar sesebuah organisasi perniagaan. Misalnya, apabila kadar faedah pinjaman asas (Base Lending Rate [BLR]) bank meningkat, tanggungan pembiayaan pinjaman organisasi perniagaan turut bertambah. Begitu juga dengan peningkatan kadar inflasi. Kos pengeluaran akan meningkat apabila kadar inflasi meningkat. Peningkatan kadar inflasi akan mengakibatkan harga bahan mentah yang diperlukabn daripada pembekal turut naik. Untuk mempertahankan keuntungan dan meneruskan kewujudan organisasi perniagaan dengan peningkatan kos yang mendadak dalam pasaran, maka peniaga terpaksa bertindak sama ada menurunkan kos pengeluaran dan mencari barangan pengganti bagi bahan-bahan mentah yang digunakan selama ini ataupun menaikkan harga jualan barangniaga di pasaran. Persekitaran ekonomi yang sering berubah akan memberi kesan secara langsung serta merumitkan lagi pihak peniaga untuk menetapkan pengurusan organisasi perniagaannya.
1.3.2.3            Teknologi
Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pesat akan memberi kesan secara langsung kepada organisasi perniagaan. Perkembangan teknologi banyak membantu perkembangan organisasi perniagaan. Misalnya, operasi organisasi perniagaan seperti proses pengeluaran dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Kerja-kerja pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakan Penyata Kewangan dan sebagainya dikendali dan dipermudahkan dengan penggunaan sistem komputer. Aktiviti perniagaan iaitu pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan melalui perdagangan elektronik  atau “e-commerce” dapat mengurangkan belanja dan masa.
Walaupun perkembangan teknologi membawa kesan yang positif kepada organisasi perniagaan, tidak dapat dinafikan bahawa ia juga mendatangkan kesan-kesan negatif atau sampingan seperti peningkatan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara dan air akibat pembuangan sisa-sisa toksik, tenaga buruh digantikan oleh mesin, interaksi dengan mesin berbanding dengan manusia dan sebagainya. Oleh itu, amalan pendekatan yang seimbang perlu diutamakan. Faedah dan kebaikan daripada penggunaan teknologi moden dan canggih dipetik. Pada masa yang sama, kesan-kesan sampingan akibat penggunaan teknologi moden dan canggih itu perlu diminimumkan.
1.3.2.4            Institusi Kewangan
Organisasi perniagaan tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan institusi kewangan. Institusi kewangan merupakan salah satu elemen persekitaran luaran perniagaan yang juga mempengaruhi organisasi perniagaan. Organisasi perniagaan yang ingin meluaskan atau mengembangkan lagi aktiviti perniagaannya tetapi tidak mempunyai modal yang cukup boleh mendapatkan kemudahan pinjaman seperti pinjaman jangka masa pendek, kemudahan “overdraft” dan sebagainya daripada institusi kewangan. Modal dapat memberi kesan yang ketara kepada jenis, saiz dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan diusahakan.
Apabila dasar institusi kewangan itu berubah seperti mengurangkan jumlah pemberian kredit, menghadkan pemberian kredit kepada jenis-jenis perniagaan tertentu, meningkatkan kadar faedah pinjaman asas (BLR) dan sebagainya, organisasi perniagaan yang membuat pinjaman terpaksa menanggung peningkatan liabiliti yang signifikan. Misalnya, kenaikan kadar faedah pinjaman asas secara mendadak semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997 menyebabkan banyak organisasi perniagaan mengalami kemerosotan. Kerajaan Malaysia terpaksa mengarahkan semua institusi kewangan di Malaysia menurunkan kadar faedah pinjaman untuk menyelamatkan ekonomi negara Malaysia. Langkah penurunan kadar faedah pinjaman asas daripada institusi kewangan dapat memberi nafas baru kepada organisasi perniagaan yang menghadapi masalah kewangan serta pemulihan semula ekonomi Malaysia.
1.3.2.5            Sosial dan Budaya
Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran social dan budaya tidak dapat diringankan kerana masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitivity tersendiri. Setiap masyarakat seperti masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang tersendiri mengikut bangsa dan agama.
Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika di kalangan masyarakat. Misalnya, makanan yang dikeluarkan khas untuk masyarakat beragama Islam di Malaysia diwajibkan mempamerkan logo “halal” daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kesedaran tentang perbezaan, keinginan untuk mempelajari, mengetahui dan memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.
1.3.2.6            Persekitaran Politik dan Undang-undang
Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.
Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan menjamin etika perniagaan. Misalnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale) bertujuan untuk memberi perlindungan kepada para pembeli dan pengguan terakhir. Persekitaran politik yang stabil dan undang-undang yang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus beroperasi dan berkembang.
1.3.2.7            Global / Persekitaran Antarabangsa
Pada era globalisasi, operasi perniagaan tidak lagi terhad kepada persekitaran luaran setempat. Para peniaga tempatan harus bersedia dan menyusun strategi dan merancang perniagaannya supaya benar-benar berdaya saing dengan peniaga-peniaga antarabangsa. Keadaan politik, ekonomi dan perkembangan teknologi semasa di negara-negara asing banyak berinteraksi dan memberi kesan yang signifikan kepada perjalanan perniagaan di negara tempatan. Misalnya, kegawatan ekonomi yang berlaku di Malaysia pada tahun 1997 telah menjejaskan sedikit sebanyak negara-negara barat yang mengeksport industri pendidikan mereka. Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk membekukan penghantaran pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara. Tindakan kerajaan Malaysia sedemikian secara tidak langsung memaksa banyak institusi pengajian tinggi luar negara untuk menawarkan biasiswa atau mengurangkan yuran pengajian kepada pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara.
PERSEKITARAN TUGAS (PIHAK YG BERKEPENTINGAN)
PIHAKDEFINISIBAGAIMANA IA MEMPENGARUHI?TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN?
PelangganPembeli produk
  • Perubahan citarasa -pengaruhi  jenis keluaran/harga/kualiti produk
  • Ikut citarasa/kehendak  pelanggan
  • Jaga kualiti/harga/mutu
  • Beri maklumat benar/lengkap
PembekalBekalkan INPUT/Bhn Mentah
  • Bekalan yg berterusan & cekap – pengaruhi kejayaan sykt
  • Bayar hutang ikut tempoh
  • Ikut perjanjian jual beli
PesaingPenjual produk serupa & di tempat sama
  • Persaingan harga/kualiti – perlu buat inovasi terhdp produk
  • Amalkan persaingan sihat
  • Tdk cemarkan nama pesaing
Pembiaya/PemodalPemberi pinjaman & modal
  • Sumbanganmodal/pinjaman tinggi-bolehkan pembesaran perniagaan
  • Bayar hutang ikut syarat
  • Beri pulangan/dividenyg baik
  • Bekalkan maklumat yg diperlukan
PekerjaTenaga buruh (mental/fizikal)
  • Pekerja ygberkemahiran/baik-      dpt tingkatkan produktiviti
  • Semangatkerjasama/motivasi-      bantu perniagaan capai matlamat
  • Sediakan suasana tempat kerja yg baik
  • Jagakebajikan/adil/hormatiidea pekerja
KerajaanPenguatkuasa undang2
  • Cukai yg tinggiuntung akan kurang
  • Pewujudan tanggjwb sosialaktiviti perniagaan akan terjejas/terbatas
  • Jalankan perniagaan ikut peraturan
  • Daftar perniagaan- ada lesen
  • Bayar cukai kpd kerajaan
PERSEKITARAN UMUM
PERSEKITARANDEFINISIBAGAIMANA IA MEMPENGARUHI?
EkonomiKeadaan/Sistem EkonomiKuasa beli/harga brgDinamik Pasaran/Risiko
  • Prestasi ekonomi-baik/buruk..
  • Sistem ekonomi yg diamalkan..kapitalis/sosialis
  • Harga brg-mahal/murah
  • Kadar tukaran wang-menarik/tdk
  • Sistem kewangan/bank- efisyen/lembab
SosiobudayaNilai budaya sosial/etikaPerubahan populasiTanggungjawab sosial
  • Budaya unik..pelbagai agama/adat resam/perayaan
  • Sikap/minat, golongan muda/tua…beza citarasa
  • Taraf hidup…kaya/miskin/bandar/luar bandar
Politik & PerundanganKeadaaan politik, polisi awam, peraturan dan kawalan kerajaan, sokongan atau galakan kerajaan serta sistem percukaian
  • Bergantung kpd sistem politik yg diamalkan- komunis/kapitalis
  • Undang2 yg ketat-perlindungan hak cipta
  • Kestabilan politik
  • Galakan kerajaan
Persaingan & JaringanPersaingan, jenis struktur pasaran, dan persaingan harga, produktiviti dan persaingan antarabangsa
  • Bergantung kpd jenis persaingan-jika tulen-harga akan rendah tapi perlu jaga kualiti
TeknologiSebarang perubahan penggunaan sains
  • Memudahkan & percepatkan capaian maklumat
  • Prosedur kerja lebih mudah/cepat
  • Jimat kos penggunaan buruh
FizikalKemudahan fizikal (bangunan, jalanraya, perhubungan), tenaga (minyak, elektrik, dll), sumber semulajadi, pencemaran alam, dan ekologi.
  • Pengangkutan yg cekap akan cepatkan penghantaran brg
  • Kemudahan perhubungan yg baik akan percepatkan proses perniagaan
  • Kemudahan pergudangan
  • Kemudahan Air dan letrik
  • Kekayaan sumber semulajadi
KEPENTINGAN PERSEKITARANFIZIKAL TERHADAP PEMBANGUNAN PERNIAGAAN.
FaktaHuraian faktaKepentingan
PengangkutanKeretapi, jalan raya, pelabuhan
  • Pengangkutan yang cekap mengekal kesegaran barangan
  • Kos yang murah
PerhubunganTelefon, internet
  • Untuk memesan/menjual
  • Untuk komunikasi
UtilitiAir, elektrik,
  • Bekalan air dan elektrik yang berterusan
  • Voltage yang stabil untuk industri mikrocip
  • Kandungan klorin dalam bekalan air menjejaskan perwarnaan produk seperti kain
Zon Perdagangan
  • Segala infrastruktur yang disediakan
  • Binaan kilang
  • Kawasan perdagangan bebas cukai
  • Berhampiran dengan pelabuhan
  • Pengecualian cukai
  • insensif pengeluaran/jualan
  • pemberian taraf perintis
  • inland port – pihak kastam mengenakan cukai tanpa perlu pemunggahan barang
  • kemudahan infrastruktur
Pembangunan setempat/ciri-ciri budaya fizikal
  • Kawasan perumahan yang selesa
  • Wujud kedai-kedai (perniagaan)
  • Balai bomba, balai polis, kuil, masjid, hospital dan sekolah
  • Memudahkan pengguna

ENTITI PERNIAGAAN

Pengenalan Entiti Perniagaan
Tiada usahawan dapat menafikan bahawa cabaran perniagaan semakin bertambah di alaf baru ini. Perniagaan merangkumi semua aktiviti dan usaha yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang perlu untuk sesuatu sistem ekonomi (M.B. Muda et. al., m.s 3)
Kejayaan sesuatu perniagaan amat dipengaruhi oleh jenis entiti yang dipilih oleh seseorang peniaga. Malangnya, kebanyakan peniaga tidak begitu sedar dan faham tentang kepentingan entiti perniagaan yang tepat atau betul.
(a )      Pengertian Entiti Perniagaan
Entiti perniagaan merupakan satu badan perniagaan yang mempunyai fungsi tersendiri (M.B. Muda et.al., m.s 28). Oleh itu, perniagaan boleh dikelaskan berdasarkan bentuk pemilikan perniagaan, aktiviti perniagaan yang dijalankan, sektor industri di mana perniagaan itu beroperasi, jenis keluaran yang diterbit dan dipasarkan dan juga peringkat perniagaan dalam aliran industri.
Sebelum bentuk-bentuk perniagaan diterangkan dengan lebih lanjut, lebih baik beberapa konsep asas perniagaan difahami dahulu. Antaranya ialah :-
i.          Konsep Liabiliti Perniagaan
Usahawan-usahawan yang menceburi diri dalam bidang perniagaan sering menghadapi pelbagai risiko terutamanya syarikat perniagaan yang mempunyai liabiliti tidak terhad. Liabiliti perniagaan adalah tanggungan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh perniagaan mulai sekarang (tempoh semasa) hingga pada masa hadapan sebelum liabiliti tersebut dijelaskan pada jangka masa yang telah ditetapkan (Zumilah Zainalaludin, m.s 31). Pada dasarnya, liabilti perniagaan dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu liabiliti terhad dan liabiliti tidak terhad.
Liabiliti terhad merupakan tanggungan perniagaan yang terhad kepada jumlah pelaburan yang telah dilaburkan dalam perniagaan yang berkenaan. Sekiranya pemilik perniagaan tidak mampu menjelaskan segala tanggungan perniagaan apabila perniagaannya gulung tikar (gagal), maka aset peribadi pemilik perniagaan tidak akan terlibat langsung dalam melunaskan tanggungan perniagaannya. Ini bermaksud pemilik perniagaan yang berliabiliti terhad hanya akan kehilangan jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan sahaja bagi tujuan melunaskan liabititi perniagaan tadi. Perniagaan sendirian, perniagaan awam ataupun perniagaan perkongsian boleh didaftarkan sebagai perniagaan berliabiliti terhad. Nama perniagaan sendirian dan perniagaan perkongsian yang berliabiliti terhad perlu diakhiri dengan perkataan “Sdn. Bhd.” atau “Bhd.” Contoh: Addison Wesley Longman Bhd. Perniagaan awam pula perlu menunjukkan perkataan “PLC” pada hujung nama perniagaan. Contoh : Olympia Plc., Tanjong Plc.
Pemilik perniagaan yang  berliabiliti tidak terhad perlu melibatkan asset peribadi dalam melunaskan tanggungan perniagaan sekiranya perniagaannya mengalami sesuatu yang malang. Ini bermakna tanggungan perniagaan tidak terhad kepada jumlah pelaburan yang pemilik laburkan pada perniagaan yang berkenaan. Contoh: Syarikat Hazami, Kedai Runcit Cheong Fatt.
ii.         Konsep Sendirian dan Awam
Negara-negara yang mengamalkan system ekonomi campuran seperti Malaysia dan Britain mempunyai perniagaan sendirian dan juga perniagaan awam.
Perniagaan sendirian (private enterprise) merujuk kepada perniagaan yang dimiliki dan diusahakan oleh individu-individu tertentu (some of the public) yang biasanya bermatlamatkan keuntungan. Entiti perniagaan sendirian menjalankan berbagai-bagai aktiviti perniagaan. Syarikat-syarikat perniagaan dan korporat adalah entiti perniagaan yang tergolong dalam kategori ini. Contoh : Kedai Gunting XYZ, Public Bank Berhad.
Perniagaan awam (public enterprise) pula merujuk kepada entiti perniagaan yang dimiliki oleh Negara (all of the public). Perniagaan awam ditadbir oleh kerajaan pusat ataupun kerajaan tempatan. Perniagaan awam lazimnya berfungsi sebagai agen pelaksana dasar-dasar awam kerajaan dan matlamatnya ialah semata-mata matlamat sosial. Contoh: Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Kemajuan Negeri.
2.2       Bentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan
Salah satu asas untuk mengelaskan sesuatu perniagaan ialah pemilikan perniagaan itu sendiri. Pemilikan perniagaan melihat perspektif pemilik atau tuan punya perniagaan. Terdapat empat bentuk pemilikan perniagaan iaitu pemilikan tunggal (sole proprietor), perkongsian (partnerships), syarikat / korporat dan koperasi. Setiap bentuk pemilikan perniagaan yang tersebut tadi mempunyai ciri-ciri, kelebihan dan kelemahan tersendiri.
(a)       Pemilikan Tunggal (Sole Proprietor / Trader)
Bentuk perniagaan ini seperti kedai runcit, pasar mini, warung paling banyak terdapat di Negara kita, Malaysia. Ciri-ciri utama bentuk perniagaan ini ialah:
i.          Dimiliki oleh seorang pemilik sahaja. Pemilik berperanan sebagai pengurus dan pekerja perniagaan. Kadang-kala pemilik perniagaan dibantu oleh ahli keluarga ataupun satu atau dua orang pembantu yang digaji.
ii.         Modal perniagaan disumbangkan oleh pemilik sendiri daripada hasil tabungan atau pinjaman daripada keluarga.
iii.        Pemilik perniagaan ini mesti mendaftarkan perniagaannya dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan. Pendaftaran perniagaan boleh dibuat dengan menggunakan nama pemilik seperti Kedai Runcit Ahmad Kamal ataupun nama perniagaan seperti Pasar Mini Pongsu Seribu.
iv.        Pemilikan tunggal merupakan sejenis perniagaan yang menjual satu jenis produk atau perkhidmatan yang tidak memerlukan modal yang besar.
Kelebihan Pemilikan Tunggal
i.          mudah ditubuhkan, dikembangkan dan dibubarkan.
ii.         kos penubuhan dan  kos overhed perniagaan rendah.
iii.        pemilik perniagaan bebas untuk mengurus, mengawal dan membuat keputusan perniagaan
iv.        pemilik perniagaan mendapat kepuasan yang lebih kerana segala untung dan rugi menjadi tanggungannya, memberi layanan secara peribadi kepada pelanggan.
v.         cukai pendapatan secara perseorangan dan akaun perniagaan tidak perlu diaudit semasa dilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kelemahan Pemilikan Tunggal
Perniagaan pemilikan tunggal juga mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan-kelemahannya ialah :
i.          aset peribadi pemilik perniagaan berisiko tinggi kerana bentuk perniagaan ini berliabiliti tidak terhad.
ii.         modal, idea dan kemahiran pengurusan pemilik perniagaan yang terhad menyukarkan pengembangan perniagaan.
iii.        masa kerja pemilik perniagaan panjang dan tidak bebas untuk bercuti panjang.
(b)       Perkongsian (Partnerships)
Perniagaan perkongsian merupakan lanjutan daripada perniagaan tunggal. Bentuk perniagaan ini dibentuk secara gabungan dan diusahakan oleh dua orang atau lebih dengan matlamat memperoleh keuntungan. Pemilik-pemiliknya dikenali sebagai rakan kongsi perniagaan. Terdapat beberapa jenis rakan kongsi perniagaan. Antaranya ialah:
i.          Rakan Kongsi Umum
  • mempunyai liabiliti yang tidak terhad
  • sangat aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
  • menyumbangkan modal

ii.         Rakan Kongsi Terhad
  • mempunyai liabiliti terhad
  • tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
  • menyumbangkan modal

iii.        Rakan Kongsi Lelap / Tidur (Sleeping Partners)
  • menyumbangkan modal
  • berhak menerima keuntungan
  • tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan

iv.        Rakan Kongsi Nominal
  • tidak menyumbangkan modal
  • membenarkan nama digunakan
  • orang yang berpengaruh / mempunyai tahap kredibiliti yang tinggi
  • turut menanggung segala liabiliti perkongsian

Ciri-ciri Bentuk Perniagaan Perkongsian
i.          Jumlah modal yang disumbangkan oleh rakan-rakan kongsi berasaskan syarat-syarat / persetujuan yang termaktub dalam perjanjian bertulis yang dikenali sebagai Artikel Perkongsian (Articles of Partnership).
ii.         Jumlah keuntungan diagihkan kepada semua rakan kongsi perniagaan berdasarkan syarat-syarat / modal yang telah dinyatakan dalam Artikel Perkongsian.
iii.        Sekurang-kurangnya dua orang pemilik tetapi tidak melebihi 20 orang bagi perniagaan biasa, 10 orang bagi bank, bilangan rakan kongsi tidak terhad bagi bidang professional.
iv.        Didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB). Boleh mendaftarkan perniagaan perkongsian dengan menggunakan nama perniagaan atau nama rakan-rakan kongsi.
v.         Liabiliti perniagaan tidak terhad kecuali bagi pekongsi berhad.
vi.        Aktiviti operasian perniagaan diuruskan oleh rakan kongsi yang aktif. Sebagai balasan, rakan kongsi berkenaan dibayar gaji / elaun mengikut syarat-syarat perjanjian.
vii.       Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai perniagaan. Rakan-rakan kongsi perlu membayar cukai pendapatan perseorangan.

Kelebihan Perniagaan Perkongsian
i.          Mudah ditubuhkan. Perniagaan perkongsian merupakan lanjutan daripada perniagaan secara pemilikan tunggal. Oleh itu, prosedur untuk menubuhkan perniagaan perkongsian tidak banyak perbezaannya berbanding dengan perniagaan secara pemilikan tunggal.
ii.         Penggabungan banyak idea terutamanya pada peringkat awal penubuhan perniagaan perkongsian. Keupayaan berfikir daripada idea rakan kongsi yang banyak dapat memberi kelebihan keyakinan kepada perniagaan perkongsian untuk berhadapan dengan pesaing-pesaing yang sedia ada dalam pasaran.
iii.        Dapat menggemblengkan tenaga, kemahiran dan kepakaran yang berlainan. Perbincangan dan pengkhususan boleh dilakukan antara rakan-rakan kongsi.
iv.        Mudah mendapatkan sumber kewangan terutamanya daripada institusi kewangan. Pihak bank atau syarikat kewangan (Finance) mempercayai bahawa rakan kongsi yang ramai memudahkan perniagaan perkongsian untuk melangsaikan obligasinya.
v.         Dapat mengembangkan kemampuan perniagaan. Dengan modal yang mencukupi hasil daripada sumbangan ekuiti rakan kongsi, perniagaan perkongsian dapat merebut peluang perniagaan serta memajukan perniagaannya dengan mudah.
vi.        Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai perniagaan. Berdasarkan keuntungan yang diterima, rakan kongsi perniagaan perkongsian masing-masing diwajibkan oleh undang-undang untuk menjelaskan cukai pendapatan perseorangan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Kelemahan Perniagaan Perkongsian

i.          Liabiliti / Tanggungan yang tidak terhad. Semua rakan kongsi perniagaan perkongsian berliabiliti tidak terhad kecuali pekongsi-pekongsi berhad. Ini bermakna sekiranya perniagaan perkongsian itu terpaksa menggulung tikar, pihak pemiutang boleh menuntut hutangnya daripada aset peribadi rakan kongsi perniagaan itu.

ii.         Mudah berlaku konflik atau salah faham. Rakan kongsi yang ramai mudah mempengaruhi pembuatan keputusan. Pendapat dan karenah rakan kongsi yang berbeza-beza sering kali menjadi punca perselisihan faham atau pertelingkahan. Masalah ini akan menjejaskan keharmonian di kalangan rakan kongsi perniagaan itu.
iii.        Kewujudan perniagaan perkongsian tidak kekal. Sekiranya seorang rakan kongsi menarik diri daripada perniagaan perkongsian, meninggal dunia, tidak siuman atau diisytiharkan sebagai muflis, maka perkongsian itu dengan sendirinya terbubar. Jika rakan-rakan kongsi yang lain ingin meneruskan perniagaan perkongsian itu, mereka perlu mendaftarkan semula perniagaan perkongsian itu dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB).
iv.        Pemilikan perniagaan sukar untuk dipindahkan. Berdasarkan undang-undang perniagaan, hasrat seseorang rakan kongsi untuk memindahkan pemilikan perniagaannya perlu, terlebih dahulu, mendapatkan persetujuan daripada rakan-rakan kongsi perniagaan yang lain. Jika tidak, pemindahan pemilikan perniagaan itu adalah tidak sah.


(c)       Perbadanan Korporat
Perbadanan korporat merupakan suatu bentuk perniagaan yang ditubuhkan dibawah kuasa undang-undang (Akta Syarikat) dan didaftarkan melalui Pendaftar Syarikat. Ini bermakna perbadanan korporat yang berdaftar boleh menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat sebarang perjanjian dengan sebarang organisasi (Zumilah Zainalaludin, 1999, m.s 40).
Ciri-ciri Bentuk Perbadanan Korporat
Terdapat tiga jenis perniagaan secara perbadanan korporat iaitu syarikat sendirian (swasta), syarikat awam, dan badan berkanun. Selain itu, perbadanan korporat juga boleh dikelaskan kepada syarikat berhad atau syarikat tidak berhad. Syarikat berhad, tidak kira syarikat sendirian (swasta) atau syarikat awam, dibahagikan kepada syarikat berhad dengan jaminan, syarikat berhad dengan saham dan syarikat berhad dengan jaminan dan saham.
i.          Syarikat Sendirian Berhad (Swasta)
  • Syarikat-syarikat sendirian berhad boleh dikenali dengan mudah. Tiap-tiap nama syarikat sendirian berhad diakhiri dengan perkataan sendirian berhad atau Sdn. Bhd.
  • Pemilik atau pemegang saham syarikat sendirian berhad terdiri daripada 2 hingga 50 orang. Semua pemilik perniagaan berliabiliti terhad.
  • Pemilik / pemegang saham syarikat sendirian berhad yang menyumbang modal perniagaan. Mereka dilarang sama sekali untuk mengutip modal daripada orang awam.
  • Saham syarikat sendirian berhad boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan secara terbuka di pasaran.
  • Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham biasa syarikat sendirian berhad, berhak untuk mengawal syarikat sendirian berkenaan.
ii.         Syarikat Awam Berhad
  • Syarikat awam berhad boleh dikenali melalui perkataan “Berhad” / Bhd. Di hujung nama syarikat berkenaan. Terdapat dua jenis syarikat awam berhad iaitu yang tersenarai di bursa saham seperti Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan syarikat awam tidak tersenarai.
  • Modal syarikat awam berhad dikumpulkan melalui penjualan saham dan bon kepada orang awam.
  • Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual dan membeli saham di pasaran saham (BSKL). Ini bermakna pemindahan saham syarikat tidak perlu mendapat persetujuan pemegang-pemegang saham lain dalam syarikat.
  • Bilangan minimum pemegang saham adalah 2 orang dan boleh melebihi 50 orang. Jumlah pemegang saham itu bergantung kepada jumlah saham yang dipegang oleh ahli-ahli syarikat dan jenis saham yang diterbitkan.
  • Pemilik perniagaan ini berliabiliti terhad terhadap jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan.
iii.        Syarikat Awam Berhad Dengan Jaminan
  • Dimiliki oleh ramai pemilik seperti persatuan-persatuan.
  • Tidak bermotifkan keuntungan, hanya bertujuan untuk menjaga kebajikan para pelabur perniagaan.
  • Dijamin oleh kerajaan atau agensi kerajaan.
iv.        Badan-badan Berkanun

  • Ditubuhkan oleh pihak kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu industri atau menjaga kepentingan rakyat jelata.
  • Dibentuk di bawah Akta Parlimen.
  • Badan-badan berkanun yang menjalankan perniagaan seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, FELDA, Lembaga Pertubuhan Ladang dikenali sebagai perusahaan awam.
  • Beberapa badan berkanun di Malaysia telah diswastakan melalui Dasar Penswastaan dan Persyarikatan mulai tahun-tahun 1980-an. Antaranya, Sistem Telekom Malaysia, MAS, Tenaga Elektrik Nasional, Perkhidmatan Pos, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Universiti Malaya (UM) dan sebagainya. Saham-saham badan-badan berkanun berkenaaan telah dijual kepada masyarakat umum.

Kelebihan Perniagaan Perbadanan Korporat
  • Liabiliti pemilik terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan.
  • Status perundangan jelas dan perlu dipatuhi dengan tepat. Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh undang-undang.
  • Modal yang besar memudahkan perniagaan berkembang.
  • Bentuk perniagaan secara perbadanan korporat lebih stabil kerana ia entiti berasingan dengan pemilik perniagaan.
  • Pengurusan perniagaan secara perbadanan korporat lebih efisyen kerana ia duruskan oleh kumpulan pengurusan professional.
Kelemahan Perniagaan Perbadanan Korporat
  • Operasi perbadanan korporat dikawal oleh undang-undang yang ketat.
  • Pengurusan perbadanan korporat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukan pemilik perniagaan. Pengurusan dan pemilik perniagaan khususnya syarikat awam dipisahkan. Pembaziran dan salah guna kuasa mungkin dan mudah berlaku.
  • Cukai yang dikenakan ke atas perbadanan korporat adalah lebih tinggi berbanding dengan lain-lain bentuk perniagaan. Cukai-cukai itu terdiri daripada cukai ke atas keuntungan syarikat yang belum diagihkan dan cukai ke atas dividen yang diperolehi oleh tiap-tiap pemegang saham.
  • Laporan kewangan syarikat perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah sebelum diedarkan kepada pemegang-pemegang saham.
  • Laporan tahunan perbadanan korporat perlu dikemukakan kepada Pendaftar Syarikat dan pemegang-pemegang saham
  • Proses penubuhan dan pendaftaran perbadanan korporat lebih sukar dan kompleks berbanding perniagaan secara pemilikan tunggal dan perkongsian.
(d)       Koperasi

Koperasi merupakan suatu entiti perniagaan yang ditubuhkan secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya berdasarkan konsep kerjasama dan semangat tolong-menolong. Terdapat dua bentuk koperasi, iaitu koperasi yang keahliannya terhad kepada sesuatu jenis pekerjaan, kawasan dan latar belakang seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung Malaysia, Koperasi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) dan koperasi yang keahliannya adalah bebas seperti Koperasi Perumahan, Koperasi Pengguna.
Ciri-ciri Koperasi
i.          Modal koperasi diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan ataupun yuran tahunan yang dibayar dan saham-saham yang dibeli oleh ahli-ahlinya.
ii.         Tiap-tiap ahli koperasi diwajibkan membeli sekurang-kurangnya 100 unit saham tetapi tidak melebihi satu perlima daripada jumlah modal koperasi.
iii.        Tiap-tiap ahli koperasi mempunyai hanya satu undi dalam sebarang perlantikan jawatan  koperasi.
iv.        Koperasi diurus dan ditadbirkan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
v.         Pengurusan harian koperasi dikendalikan oleh jawatankuasa pengurusan yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Koperasi.
vi.        Koperasi wajib didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi.
vii.       Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli, sama ada satu kali atau dua kali setahun, dalam bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.
Kelebihan Koperasi
i.          Mengutamakan kebajikan dan kepentingan ahli dan bukan hanya mencari keuntungan.
ii.         Menggemblengkan tenaga, modal dan mengumpul orang yang berminat untuk meningkatkan kedudukan ekonomi masing-masing melalui konsep kerjasama.
Kelemahan Koperasi
i.          Aktiviti koperasi dikuasai oleh ahli-ahli lembaga pengarah kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.
ii.         Operasi koperasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi. Jika koperasi tidak mematuhi peraturan operasi, pihak pendaftar Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) berhak untuk menutup operasi koperasi berasaskan kuasa yang ada padanya.
iii.        Laporan kewangan koperasi perlu diaudit oleh juruaudit dalaman dan juga juruaudit luaran yang bertauliah.
iv.        Mesyuarat agung tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli mungkin boleh menggugat sistem pengurusan koperasi.
(e)       Usahasama (Joint Venture)

Usahasama merupakan suatu jenis perniagaan perkongsian yang bersifat sementara untuk tujuan menyempurnakan sesuatu kerja, projek atau tugas khas dalam jangka masa tertentu seperti musim perayaan.
Apabila kerja, projek atau tugas khas itu selesai, maka jenis perniagaan perkongsian ini akan dibubarkan. Ini bermakna bahawa jangka hayat perniagaan secara usahasama bergantung kepada pelaksanaan sesuatu kerja, projek atau tugas khas.


(f)        Sindiket
Sindiket adalah pertubuhan dua atau lebih jenis perniagaan yang mengutamakan keuntungan atau sebarang faedah. Sindiket juga berperanan sebagai persatuan untuk memberi perlindungan ke atas hak dan kepentingan ahli-ahlinya.
2.3       Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

(a)       Pengenalan
Negara kita, Malaysia, merupakan sebuah Negara yang amat bertuah kerana kaya dengan sumber bahan mentah. Penerokaan terhadap sumber bahan mentah telah banyak membantu pembangunan Malaysia, baik dari segi infrastruktur, tahap ekonomi ataupun kualiti hidup rakyat Malaysia.
Proses transformasi sumber bahan mentah ternyata melibatkan peningkatan mendadak sektor ekonomi Malaysia, khususnya pada bidang pembuatan dan pengeluaran barangan. Pertumbuhan dan perkembangan ekonomi Malaysia yang pesat telah memberi peluang yang lebih meluas kepada pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS). Penglibatan industri kecil dan sederhana yang meluas yakin dapat memperkukuhkan struktur asas pembangunan bidang perindustrian negara. Pada masa yang sama, keseimbangan antara penglibatan syarikat-syarikat asing dengan usahawan tempatan tercapai.
(b)       Definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Banyak definisi tentang industri kecil dan sederhana telah dikemukakan oleh individu, penyelidik, ahli akademik, penggubal dasar, agensi dan institusi. Walau bagaimanapun, di Malaysia, tidak ada satu definisi yang khusus, rasmi, sah dan diterima secara umum. Menurut Moha Asri Abdullah (1997), kelemahan ini tidak harus dijadikan halangan kepada usaha untuk memperakukan definisi industri kecil dan sederhana.
Maka, industri kecil dan sederhana dirujuk sebagai industri yang beroperasi dengan saiz pekerja yang kurang daripada 200 orang secara penuh masa (Moha Asri Abdullah, 1997, m.s. 9)
(c )      Kepentingan Perniagaan Kecil dan Sederhana Kepada Negara
Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa peratusan daripada jumlah pertumbuhan kilang dalam sektor perkilangan telah merosot pada pertengahan 90-an. (Misalnya, kadar pertumbuhan sektor perkilangan pada 1975 ialah 92.4 %, manakala pada 1995, sektor ini hanya menujukkan pertumbuhan sebanyak 88.9% ).
Namun, penurunan peratusan ini tidak bermaksud bahawa sumbangan dan peranan industri kecil dan sederhana kepada pembangunan ekonomi Malaysia telah kurang penting. Penurunan peratusan  ini, sebenarnya, disebabkan oleh sebahagian besar daripada industri kecil dan sederhana telah berkembang besar dan tidak layak lagi dikategorikan sebagai industri kecil dan sederhana. Di samping itu, terdapat juga industri kecil dan sederhana yang terletak di kawasan terpencil dan pedalaman tidak diambil kira dalam system pembancian.
Sumbangan dan kepentingan industri kecil dan sederhana di Malaysia secara keseluruhannya dapat dibincangkan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:
i.          Membuka Peluang Pekerjaan
Penggunaan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran industri kecil dan sederhana terus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam beberapa fungsi pengeluaran dan operasinya. Industri kecil dan sederhana lebih cenderung untuk menggunakan tenaga buruh secara intensif untuk menandingi kos pengeluaran. Masalah modal, teknik dan teknologi yang canggih untuk barangan tertentu secara kecilan tidak mudah diperolehi serta kuasa beli yang kecil industri kecil dan sederhana tidak menggalakkannya mengamalkan modal / kapital secara intensif.
ii.         Tabungan Dalam Ekonomi
Penglibatan industri kecil dan sederhana dalam ekonomi banyak membantu dalam meningkat tabungan modal negara. Dapatan kajian tentang operasi industri kecil dan sederhana menunjukkan bahawa sebahagian besar sumber modal datangnya daripada usahawan sendiri, keluarga atau rakan. Oleh itu, industri kecil dan sederhana menjadi sumber penting kepada jumlah tabungan dan simpanan negara. Pada masa yang sama, industri kecil dan sederhana turut membantu dalam mengurangkan kadar perbelanjaan penduduk dan seterusnya kadar inflasi.
Seterusnya, industri kecil dan sederhana juga membeli dan menggunakan mesin peralatan yang mudah atau yang terpakai dalam usaha menjimatkan aset tetap mereka. Dari segi ekonomi, penggunaan mesin dan peralatan seperti ini oleh industri kecil dan sederhana dapat membantu mengurangkan modal dan kos mereka.
Di samping itu, industri kecil dan sederhana jarang melibatkan penggunaan bahan-bahan mentah impot berbanding dengan firma-firma besar. Hal ini pula membantu Negara menjimatkan pertukaran wang asing dan seterusnya dapat menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang lain.
iii.        Pengagihan Pendapatan
Kepentingan industri kecil dan sederhana yang seterusnya dapat dilihat dari aspek pengagihan semula pendapatan di kalangan penduduk. Industri kecil dan sederhana lebih cenderung membayar gaji, faedah dan menawarkan pekerjaan kepada pekerja-pekerja yang bukan daripada kalangan yang mahir dan profesional. Penglibatan pengusaha, pemilik dan pekerja dalam industri kecil dan sederhana boleh membantu merapatkan jurang pendapatan di kalangan penduduk. Dengan perkataan lain, penglibatan mereka meningkatkan pendapatan yang lebih ketara di kalangan penduduk.
iv.        Latihan Kepada Pekerja dan Pengusaha
Industri kecil dan sederhana juga memainkan peranan yang penting dalam melatih pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha. Peningkatan mereka dalam kemahiran dan pengetahuan secara langsung membantu mengendalikan selok-belok operasi perniagaan dengan lebih berkesan dan terus bergantung hidup kepada perniagaan yang berkenaan.
v.         Memperkukuhkan Struktur Asas Industri Negara
Di samping itu, industri kecil dan sederhana banyak membantu dalam mengembang dan memperkukuhkan struktur asas ekonomi dan industri negara yang sedia ada. Industri kecil dan sederhana, sebenarnya, merupakan industri pelengkap kepada keperluan dan pembangunan kebanyakan syarikat gergasi antarabangsa (MNCs). Penglibatan industri kecil dan sederhana yang giat dan dalam pelbagai sector membolehkan asas industri yang mantap dan kukuh dan tidak akan tergugat dan terjejas apabila syarikat gergasi antarabangsa yang beroperasi di sesuatu negara itu menarik diri daripada operasi dan pelaburan mereka.
vi.        Memenuhi Citarasa dan Keperluan Penduduk Tempatan
Industri kecil dan sederhana amat penting dari segi memenuhi citarasa dan keperluan barangan sebahagian besar penduduk tempatan yang berpendapatan rendah. Industri kecil dan sederhana dengan penyesuaian mereka kepada intensif tenaga buruh, banyak mengeluar dan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat bersaiz besar termasuk syarikat gergasi antarabangsa. Contohnya pengeluaran dan pembuatan barangan makanan, pakaian, perabot, logam, peralatan getah dan plastik.
(d)       Galakan Kerajaan Untuk Industri Kecil dan Sederhana
Sejak kebelakangan ini, industri kecil dan sederhana seringkali mendapat perhatian dan galakan yang meluas daripada banyak pihak terutamanya kerajaan.
Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai penduduk terutamanya usahawan Bumiputera berkecimpung dalam industri kecil dan sederhana, kerajaan Malaysia menerusi agensi-agensinya telah menyediakan pelbagai galakan dan program sokongan kepada mereka yang berpotensi dan berminat dalam bidang industri kecil dan sederhana. Antara galakan dan sokongan yang disediakan oleh kerajaan dapat dibahagikan kepada lima kategori yang utama, iaitu
i.          bantuan kewangan dan kemudahan kredit
Misalnya, pinjaman daripada Syarikat Jaminan Kredit (CGC), pinjaman dan kemudahan kredit MARA, pinjaman daripada Tabung Usahawan Baru, pinjaman daripada Tabung Pemulihan Usahawan, pinjaman dan kemudahan kredit daripada bank, bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan berlesen dan institusi pembangunan, kemudahan kredit Skim Pembayaran Kredit Eksport.
ii.         bantuan latihan teknik dan pelajaran vokasional
Perbadanan Daya Produktiviti Negara (NPC) dan Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) menyediakan program pembangunan usahawan dan pengurusan perniagaan.
SMIDEC, Institut Piawai dan Penyelidikan Industri Malaysia (SIRIM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Pusat Instruktor dan Latihan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut-institut Latihan perindustrian (ILP), Institut kemahiran MARA (IKM), GIAT MARA menawarkan kursus-kursus teknikal dan kemahiran pekerja jangka pendek.
iii.        bantuan khidmat nasihat dan konsultasi lanjutan
NPC, SMIDEC, institusi kewangan, SIRIM, MARDI, MEDEC menawarkan bantuan khidmat nasihat pengurusan dan peningkatan kawalan kualiti dan perkembangan reka bentuk kepada industri kecil dan sederhana di Malaysia.
iv.        bantuan pemasaran dan penyelidikan pasaran
MEDEC, NPC, Bank Pembangunan, SMIDEC, MARA, FAMA menyediakan bantuan pengurusan asas pemasaran yang bertujuan untuk meningkatkan pasaran barangan keluaran industri kecil dan sederhana.
v.         penyediaan kemudahan infrastruktur
UDA membantu industri kecil dan sederhana untuk mendapatkan tapak, bangunan dan ruang pejabat yang sesuai di kawasan Bandar, MARA menyediakan tapak-tapak kilang dan perniagaan kepada usahawan dan peniaga Bumiputera di Malaysia, MIEL bertanggungjawab untuk membangunkan estet perindustrian di Malaysia, Taman Teknologi Malaysia, Zon Perdagangan Bebas (FTZ).
Sehingga ke hari ini hamper 13 kementerian dan hamper 30 agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menawarkan pelbagai jenis program bantuan dan galakan kerajaan dalam pembangunan industri kecil dan sederhana di Malaysia.
(e)       Perniagaan Huluan dan Hiliran
Entiti perniagaan adalah sesuatu organisasi yang amat dinamik. Ia sentiasa mengalami perkembangan dan pertumbuhan. Pertumbuhan entiti perniagaan boleh diukur mengikut peringkat penggunaan input. Antaranya ialah:
i.          Perniagaan Huluan (Up-stream Business)
Perniagaan pada peringkat huluan bererti bahawa perniagaan berkenaan melibatkan aktiviti yang berasaskan sumber-sumber asli / semula jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan sebagainya. Contoh: Syarikat Ayamas yang membekalkan ayam sebagai input untuk ayam goreng restoran KFC dikatakan menjalankan perniagaan pada peringkat huluan.
ii.         Perniagaan Hiliran (Down-stream Business)
Perniagaan pada peringkat hiliran bererti bahawa perniagaan berkenaan melibatkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang dikembangkan daripada perniagaan lain seperti pemprosesan, pembuatan, pengilangan, perkhidmatan dan sebagainya. Contoh: Restoran KFC, ayam goreng KFC yang dijual adalah hasil pemprosesan ayam segar yang dibekalkan oleh Syarikat Ayamas.
Entiti perniagaan juga boleh dikenalpasti melalui fokus pasaran dan aktiviti pembuatannya iaitu sama ada domestik (tempatan) ataupun antarabangsa.
iii.        Perniagaan Domestik (Tempatan)
Perniagaan ini hanya beroperasi di dalam sesebuah negara, bermula dengan pengeluaran dan diikuti dengan pemasaran dan jualan. Keluaran perniagaan domestik bertujuan untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan. Perniagaan domestik pula banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan memperkukuhkan lagi struktur asas industri negara.
iv.        Perniagaan Antarabangsa
Perniagaan antarabangsa merupakan perniagaan yang menjalankan operasi perniagaannya di dua atau lebih negara asing. Operasi perniagaan itu berbentuk sama ada satu hala, dua hala ataupun pelbagai hala. Perniagaan antarabangsa lazimnya berkembang daripada perniagaan domestik yang menjalankan aktiviti eksport sama ada di peringkat serantau atau di peringkat global.
(f)        Tahap Perniagaan Primer, Sekunder dan Tertiar
Perniagaan juga boleh dikategorikan kepada tahap primer, sekunder atau tertiar.
i.          Tahap Primer
Perniagaan yang menjalankan aktiviti mengeluarkan barang-barang yang akan digunakan sebagai input untuk pengeluaran yang seterusnya atau mengeluarkan barang-barang yang boleh digunakan terus oleh pengguna dikenali sebagai perniagaan tahap primer. Contoh: Industri yang berasaskan pertanian atau ekstraktif seperti perlombongan galian dan bahan api.

ii.         Tahap Sekunder
Perniagaan tahap sekunder merupakan perniagaan yang menjalankan aktiviti mengeluarkan barang-barang yang diterbitkan pada tahap primer kepada barangan siap atau separuh siap yang diperlukan oleh aktiviti pemprosesan seterusnya. Contoh: Bijih besi ditukarkan kepada kepingan besi, paip besi dan sebagainya.

iii.        Tahap Tertiar
Perniagaan tahap tertiar terdiri daripada perniagaan yang menghasilkan barangan yang tidak ketara. Perniagaan pada peringkat ini lebih tertumpu kepada pemberian perkhidmatan yang terbaik. Contoh: Perkhidmatan yang ditawarkan oleh doktor, akauntan, bank dan sebagainya.

2.4       Perniagaan  Francais
Perniagaan francais merupakan suatu pendekatan yang membuka jalan termudah bagi seseorang individu atau syarikat untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Perniagaan francais meliputi semua jenis perniagaan berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system), pengkhususan (specialization) dan piawaian (standardization). Perniagaan francais, sebenarnya, telah lama wujud di negara kita, Malaysia. Namun, amalan perniagaan Malaysia yang berasaskan konsep francais masih tidak menggalakkan. Ini bermakna peluang untuk maju serta berkembang dalam bidang perniagaan francais di Malaysia adalah cerah; banyak lagi yang boleh diterokai. Kerajaan Malaysia telah memainkan peranan yang aktif serta memberi sokongan padu kepada pembangunan perniagaan ini.
(a)       Definisi Perniagaan Francais
Perniagaan francais boleh ditakrifkan sebagai suatu pendekatan perniagaan di mana syarikat induk (francaisor) memberi lesen atau hak kepada individu atau syarikat lain (francaisi) untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang berlandaskan suatu kaedah tertentu, di lokasi atau kawasan yang ditetapkan dan dalam jangka masa yang ditentukan.
Dengan perkataan lain, perniagaan francais merupakan suatu bentuk perniagaan yang berkontrak di antara francaisor dan francaisi yang menggariskan tanggungjawab dan tugas kedua-dua pihak, yang membenarkan fungsi-fungsi pemasaran produk dipiawai dan diselaraskan tanpa penduaan dan peniruan (duplication).
(b)       Francaisor dan Francaisi, Hubungan Antara Kedua Pihak
Syarikat perniagaan / Pemilik francais yang memberi lessen / kebenaran dan hak kepada individu atau syarikat lain untuk mengeluar dan menjual produknya, menggunakan jenama atau simbolnya, mengamalkan kaedahnya dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan dikenali sebagai francaisor.
Francaisi pula merupakan syarikat atau individu yang mendapat lesen / kebenaran dan hak untuk mengeluar dan menjual produk, menggunakan jenama atau simbol, mengamalkan kaedah dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan francaisor.
Pihak francaisor dan pihak francaisi diikat oleh kontrak / perjanjian francais yang telah dipersetujui bersama. Dengan itu, francaisor mengizinkan francaisi menjalankan perniagaan yang serupa dengannya dari semua aspek. Sebagai balasan, francaisi perlu membayar royalti setiap tahun kepada francaisor.

(c )      Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Francais
Seperti bentuk-bentuk perniagaan yang telah dibincangkan terlebih dahulu, perniagaan francais tentu sekali memberi kelebihan dan juga kelemahan kepada kedua-dua pihak yang terlibat iaitu francaisor dan francaisi. Antaranya:
i.          Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisor
Perniagaan francaisor dapat berkembang serta bertumbuh dengan pesat kerana sistem pengurusan dan modal perniagaan cawangan diurus di atas tanggungjawab francaisi. Ini secara tidak langsung memudahkan pihak francaisor memperluaskan pasaran untuk produknya. Tambahan bayaran royalti yang tetap, bayaran asas, caj perkhidmatan pengurusan dan sebagainya akan menambahkan keuntungan perniagaan francaisor.
ii.         Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisi
Francaisi dapat memulakan perniagaan dengan risiko perniagaan yang rendah. Francaisi berpeluang memperdagangkan produknya berdasarkan suatu sistem yang lengkap dan terbukti berdaya maju / keberkesanannya. Contoh: Pihak francaisi akan menggunakan jenama produk, bahan mentah untuk mengeluarkan produk serta prosedur pengurusan perniagaan sebagaimana yang telah ditetap dan diamalkan oleh francaisor.
Selain itu, francaisi juga mendapat bantuan kewangan, khidmat sokongan dan latihan daripada francaisor untuk tujuan membangunkan struktur pengurusan dan premis perniagaan francaisi.
Disebalik kebaikan tentunya juga kedapatan kelemahan perniagaan francais yang terpaksa dihadapi oleh pihak francaisor dan francaisi. Antaranya:
i.          Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisor
Francaisor adalah bertanggungjawab ke atas kewujudan, perkembangan dan daya saing perniagaan francaisi. Francaisor perlu memberikan bantuan kewangan dan khidmat sokongan kepada pihak francaisi bukan sekadar di peringkat awal tempoh francaisi memulakan perniagaan, bahkan untuk seumur hidup perniagaan francais itu dikendalikan oleh francaisi.
Apabila francaisi gagal untuk mematuhi segala prosedur perniagaan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh francaisor seperti garis panduan mengenai mutu produk, tentu sekali nilai nama atau reputasi francaisor akan terjejas.
Pihak francaisor pula mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menangani masalah penipuan seperti bayaran royalti, bayaran caj perkhidmatan, peniruan dan kebocoran formula produk dan sebagainya apabila cawangan francais pihak francaisor bertambah dan berkembang pesat. Kegagalan francaisor menangani masalah sedemikian boleh mengakibatkan kemusnahan ikatan pemfrancaisan.
ii.         Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisi
Penglibatan serta penerusan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk kepada peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya.
Tambahan, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi dan memasuki pasaran seperti ini.
Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, pada peringkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.
CIRI-CIRIENTITI PERNIAGAANTUNGGAL
  • 1 org, Pendaftar perniagaan, modal sendiri/keluarga, kawalan sendiri, cukai individu, liabiliti tdk terhad
PKONGSIAN
  • 2-20, Pendaftar perniagaan, modal rakan kongsi, diurus rakan kongsi aktif, cukai individu shj, liabiliti tdk terhad
SDN BHD
  • 2-50, Pendaftar sykt (Akta Sykt 1965), syer dr keluarga/rakan rapat, jual syer mesti minta kebenaran, diurus oleh ahli lembaga pengarah yg dipilih, cukai sykt, liabiliti terhad setakat modal dilabur.
AWAM BHD
  • 2-tiada had, Pendaftar sykt (Akta Sykt 1965), syer kpd org awam, bebas jual beli saham, diurus oleh ahli lembaga pengarah yg dipilih, cukai sykt, liabiliti terhad setakat modal dilabur.
KOPERASI
  • Min 100, Ketua Pendaftar Koperatif Malaysia, syer kpd ahli, syer tdk boleh tukar milik, diurus oleh ahli lembaga pengarah yg dipilih, tiada cukai, liabiliti terhad.
KEBAIKAN DAN KELEMAHANENTITI PERNIAGAANJENIS ENTITIKEBAIKANKEBURUKAN
MILIKAN TUNGGAL
  1. Mudah ditubuhkan – hanya perlu isi Borang A dan yuran yg rendah
  2. Mudah diuruskan- bebas membuat keputusan sendiri
  3. Beban cukai yg rendah-cukai individu shj bukan cukai perniagaan
  4. Pemilik menikmati semua keuntungan
  1. Liabiliti tdk terhad- pemilik bertanggungjawab atas semua hutang perniagaan dan harta peribadi akan terlibat jika rugi
  2. Modal terhad-sukar mendapat modal besar dari bank
  3. Keterusan perniagaan tdk terjamin-bergantung kpd hayat pemilik
  4. Terpaksa menguruskan sendiri semua kerja2 berkaitan perniagaan
  5. Pasaran terhad-sukar dikembangkan
PERKONGSIAN
  1. Mudah ditubuhkan-hanya perlu isi Borang A dan yuran yg rendah
  2. Beban cukai yg rendah- tertakluk kpd cukai perorangan
  3. Modal lebih byk dari milikan tunggalkerana sumbangan modal pekongsi2.
  4. Tanggungan risiko perniagaan bersamapekongsi
  5. Pengkhususan dpt dilaksanakan
  6. Liablititi tdk tehadbagi pekongsi biasa
  7. Keterusan perniagaan tdk terjanim-dibubarkan bila ada pekongsi muflis, mati, tidak siuman
  8. Perkongsian untung-terpaksa bahagikan keuntungan
  9. Percanggahan pendapat-perniagaan terjejas bila ada konflik antara pekongsi
KOPERASI
  1. Mementingkan kebajikan sosial ahli-Beli brg murah dan pinjaman dgn faedah rendah
  2. Tidak wujud monopoli kuasa-pengurusan demokrasi dgn satu ahli satu undi
  3. Beban cukai yg rendah-cukai individu
  4. Modal boleh ditingkatkan tanpa had maksimum-tdk tertakluk kpd modal berdaftar
  5. Operasi kurang agresif-kurang usaha utk cari keuntungan lebih sebab hanya jaga kebajikan shj
  6. Pengurusan kewangan terikat dgn akta-kewangan dikawal ketat oleh jab.pembangunan koperasi utk jaga kepentingan ahli
  7. Sukar ditubuhkan-mimimum 100 org ahli sukar dicari
  8. Modal terhad-ahli biasanya golongan pendapatan rendah spt nelayan, petani dll dan sukar bersaing sgn entiti lain.
SYARIKAT
  1. Mudah mendapat modal-drp ramai pemegang syer dan perniagaan mudah berkembang
  2. Liabliti terhad-pemegang syer rugi setakat modal dilaburkan shj
  3. Berterusan dan tdk mudah dibubarkan-perniagaan tdk terjejas walaupun berlaku kematian, tdk siuman, bankrap dan pindah milik dikalangan pemegang syer/saham
  4. Pengkhususan dpt dilaksanakan-kerja mengikut kepakaran
  5. Pengurusan sykt lebih berkesan dan cekap-berupaya upah pengurus yg profesional dlm bidang ttt.
  1. Beban cukai yg tinggi-cukai sykt sebanyak 28% ke atas untung sykt
  2. Kawalan undang2 dan peraturan yg ketat-dikawal akta sykt 1965
  3. Pemisahan pemilikan dan pengurusan-kecekapan bergantung kpd kebolehan lembaga pengarah bukannya pemegang saham, risiko salah guna kuasa mungkin berlaku
  4. Kurang kerahsiaan bagi sykt awam berhad-perlu kemukakan laporan kewangan tahunan
  5. Kesukaran memindahkan syer bagi sdn bhd-perlu persetujuan pemegang saham yg lain.
AKTIVITI PERNIAGAANPENGELUARAN/ INDUSTRIDef: ialah aktiviti yg melibatkan pengeluaran iaitu menggunakan tenaga buruh untuk  mengeluarkan bahan mentah dan memprosesnya kepada sesuatu barang lain
  1. Ekstraktif
  • Meliputi penghasilan dan pemprosesan untuk mendapatkan sesuatu bahan mentah
  • Dijadikan input kepada pengeluaran lain
  • Cth:Pelombongan bijih timah, petani hasil tani dan nelayan mendapat ikan.
  1. Perkilangan
  • Barang konsumer
  • Melibatkan proses mengeluarkan barang-barang terus boleh digunakan oleh pengguna
  • Proses mengeluarkan barang-barang siap dan melibatkan beberapa peringkat
  • Cth: Barang makanan (gula, minyak masak), barang eletrik
  • Barang industri
  • Melibatkan pengeluaran barang-barang yang digunakan untuk proses pengeluaran seterusnya
  • Cth: pengeluaran cip komputer, tayar kereta, barangan elektronik
  • Pembuatan
  • Aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap.
  • Cth: Menggunakan getah untuk menghasilkan tayar dan sarung tangan, menggunakan kayu balak untuk menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja
  • Pemasangan
  • Aktiviti memasang komponen-komponen untuk menghasilkan barang siap.
  • Cth: Komponen elektronik dipasang untuk menghasilkan televisyen, radio dan perakam video.
PERKHIDMATAN
  1. Perdagangan
  • adalah aktiviti menyediakan barangan supaya mudah didapati oleh pembeli apabila diperlukan
  • mereka terlibat merupakan penghubung antara pengeluar dan pengguna spt peruncitandan pemborongan
  1. Kewangan
  • aktivitinya adalah sperti bank perdagangan, syarikat pelaburan, syarikat insurans dan syarikat kewangan
  • terlibat dalam bidang pengumpulan modal, pelaburan ekuiti,penyediaan kemudahan kredit dan urusniaga pasaran wang.
  1. Perkhidmatan
  • merangkumi perkhidmatan profesional dan perkhidmatan perdagangan
-contoh: syarikat peguan, doktor agen pelancongan dll
SEKTOR
  1. Sektor Swasta
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat dengan membuka kilang/perniagaan
  • Tingkatkan hasil negara melalui cukai
  • Memberi kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan produktiviti/pembangunan sumber manusia kepada masyarakat.
  • Sumbangan kepada negara seperti derma dll
  • Menyediakan infrastruktur/prasarana spt jalanraya dll
  • Memindah teknologi ke dalam negara
  • Menjalankan r & d
  1. Sektor Awam
  • Menjadi penyokong & pendorong kepada sektor swasra
  • Memberi kemudahan dan panduan ,insentif dll dalam pengeluaran,pertanian dll
  • Membantu mengurangkan lapisan birokrasi
  • Cth: kelulusan lesen/permit dapat diselesaikan bawah satu bumbung
  1. Badan Berkanun
  • Mengawal selia aktiviti perniagaan sektor swasta supaya tidak melanggar peraturan dan
  • Perundangan yg telah ditetapkan.
  • Dapat menjaga kewibawaan sektor swasta & kepentingan pihak pengguna supaya tidak ditindas
  • Pihak tidak bertanggungjawab
  • Menyediakan sumber manusia contoh universiti
  • Melaksanakan dasar berkaitan dengan pihak swasta
TAHAP PERNIAGAANPENGELUARANPRIMER
  • Tahap pertama dalam proses pengeluaran
  • Pengeluaran bahan mentah pada peringkat asas
  • Contoh: penoreh pengeluaran susu getah dari pokoknya
SEKUNDER
  • Tahap kedua dalam proses pengeluaran
  • Pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang separuh siap
Dan barang siap
  • Contoh : susu getah digunakan untuk menghasilkan keluaran getah lain
Seperti sarung tangan getah
TERTIER
  • Tahap terakhir dalam proses pengeluaran
  • Pemasaran produk kepada pengguna akhir
  • Lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan
  • Contoh : sarung tangan getah akan diedarkan kepada pengguna melalui rangkaian pengedaran yang sesuai.
INDUSTRIHULUAN
  • Peringkat industri yang membekalkan bahan mentah, barang separuh siap atau
  • Barang siap yang akan digunakan dalam aktiviti pengeluaran lain
  • Contoh: Industri yang mengeluarkan susu getah
HILIRAN
  • Tahap perniagaan yang berlaku selepas tahap huluan
  • Contoh: Perniagaan yang menghasilkan tayar getad daripada susu getah
PASARANDOMESTIK
  • Melibatkan penjualan produk pada peringkat pasaran dalam Negara/tempatan
  • Cth: tayar getah yang dihasilkan pengeluar malaysia dijual kepada
  • Pengguna dalam pasaran malaysia sahaja
ANTARABANGSA
  • Penjualan produk kepada pengguna asing di luar negara
  • Cth: pengeluar tayar getah di malaysia mengeksport tayar getah ke Negara lain.