Ahad, 7 Julai 2013

KOMANWEL

Komanwel

Bendera Komanwel

Sejarah Penubuhan
Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain.Sekitar tahun 1930-an, British masih lagi berkuasa ke atas bekas negara-negara jajahannya yang sudah dibebaskan sehinggalah terbentuknya Statue of Westminstern.

Menjelang tahun 1950-an, banyak negara jajahan British mencapai kemerdekaan dan bersetuju menyertai Komanwel. Negara-negara yang menyertai Komanwel ini menerima Perisytiharan Prinsip-Prinsip Komanwelsebagai asas hubungan memandangkan Komanwel tidak mempunyai perlembagaan rasmi
Kuasa tertinggi adalah berdasarkan keputusan yang ditetapkan di dalamPersidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel CHOGM]. CHOGM diadakan dua kali setahun dan dihadiri Perdana Menteri atau Presiden negara anggota. Persidangan CHOGM ini bertujuan melaksanakan rancangan kerjasama untuk kepentingan bersama dan menyelesaikan isu yang ditimbulkan.

Keanggotaan Komanwel
1. Keahlian mesti dipohon [bukan automatik walaupun negara terbabit merupakan bekas jajahan British]
2. Negara2 anggota boleh menarik diri bila-bila masa.

3. Negara2 anggota perlu menerima Queen sebagai simbol perpaduan dan Ketua Komanwel.
4.Negara-negara anggota mesti bersedia untuk berkerjasama antara satu sama lain demi kepentingan bersama.

Faedah menyertai Komanwel
1. Pemindahan teknologi antara negara anggota terutama dari negara maju seperti Britain.
2. Meningkatkan perkembangan ekonomi melalui kerjasama antara negara anggota: contoh, Rancangan Colombo yang dianjurkan oleh UK.
3. Membantu menaikan taraf pendidikan melalui Jawatankuasa Perhubungan 
Pelajaran Komanwel.

Sukan Komanwel yang diadakan sekali dalam 4 tahun merupakan lambang perpaduan negara-negara anggota Komanwel.

Info Tambahan...
CHOGM
 CHOGM adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai semua ketua-ketua kerajaan dari negara-negara Komanwel. Biasanya Ratu Elizabeth II yang menjadi Ketua Kerajaan Komanwel akan merasmikan mesyuarat tersebut.  CHOGM yang pertama diadakan pada 1971.
Mesyuarat CHOGM biasanya membincangkan perkara-perkara  berkaitan isu semasa atau yang sedang berlangsung yang melibatkan negara ahli. Antaranya CHOGM membincangkan isu dasar aparteid di Afrika Selatan.
Sumber: Wikipedia.org

Faedah Malaysia Menyertai Komanwel
·    i. Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia.
·        ii. Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
·        iii. Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan dan perladangan.

·         iv. Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan