KONSEP DAN CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT AGRARIA
Pengenalan / Definisi Masyarakat Agraria
Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung
kepada kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk tanam dan
menternak binatang sebagai sumber kehidupan mereka. Jenis-jenis tanaman utama
ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula ialah
gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya.
Mereka tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur
dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti menetap di sekitar
kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.
Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu,
mengutip hasil hutan dan menangkap ikan di kawasan sungai ataupun tasik-tasik.
Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan mengamalkan
pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap. Pada masa yang sama
masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan saling
bergantungan.
Masyarakat agraria di Belanda berkembang sejurus berlakunya
Revolusi Pertanian di England pada abad ke-17 di mana revolusi ini telah
tersebar ke kawasan-kawasan lain di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat.
Perkembangan ini telah menyebabkan bilangan masyarakat yang terlibat dengan
akviti pertanian semakin meningkat. Masyarakat agraria menjadi lebih berdikari
dan melalui penggunaan jentera moden, kegiatan pertanian lebih menjurus
kepada pertanian ladang dan dalam skala
yang besar.
Manakala masyarakat agraria di China terbentuk disebabkan
sebahagian besar kawasan negara tersebut mempunyai tanah yang subur, disaliri
oleh Sungai Hwang Ho dan diselaputi oleh iklim yang bersesuaian menjadikan
negara berkenaan sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman. Namun demikian
pada peringkat awal kemunculan masyarakat agraria di China, kegiatan mereka
dikawal oleh golongan pemerintah dan menggunakan peralatan tradisional.
Secara umumnya ciri-ciri masyarakat agraria di kedua-dua
negara boleh dilihat berdasarkan kepada 5 aspek iaitu kegiatan yang berasaskan
pertanian, lokasi aktiviti di kawasan tanah yang subur dan iklim yang sesuai,
hasil tanaman utama, sistem pengairan dan saliran serta kegiatan lain seperti
berburu, menternak binatang, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan.
CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT AGRARIA.
Masyarakat agraria di negara Belanda dan China boleh
dihuraikan dalam beberapa aspek utama seperti kegiatan ekonomi yang dijalankan,
kawasan penempatan mereka, sistem pengairan, kesuburan tanah petanian, dan
penggunaan teknologi dalam bidang pertanian.
1. Kegiatan Ekonomi Yang Dijalankan
Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria
adalah berasaskan kepada kegiatan pertanian dan penternakan. Di samping itu
mereka juga menjalan kegiatan sampingan yang lain seperti memunggut hasil
hutan.
Kegiatan pertanian yang dijalankan secara kecil-kecilan
dalam bentuk sara diri iaitu sekadar untuk menampung keperluan harian sahaja.
Mereka akan menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin seperti barli,
gandum dan oat.
Silain itu, masyarakat agraria juga menjalankan kegiatan
penternakan sebagai sumber keperluan protien yang mencukupi untuk mereka.
Binatang yang diternak oleh mereka seperti lembu, kambing, ayam dan biri-biri.
2. Kawasan Petempatan
Petempatan masyarakat agraria adalah terletak di kawasan
yang subur untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti di lembah sungai dan
delta sungai. Kawasan ini menjadi tumpuan mereka kerana kawasan ini terdapat
mendapan tanah lanar yang subur. Contohnya, masayarakat agraria di China
membuka petempatan di sekitar lembah Sungai Kuning.
3. Sistem Pengairan
Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran atau pengetahuan
dalam membina sistem pengairan bagi tujuan mengairi kawasan pertanian mereka.
Mereka mempunyai kemahiran dalam membina terusan, kolam takungan air dan tali
air.
Terbinanya sistem pengairan ini telah mendorong berlakunya
pertambahan keluasan kawasan pertanian kerana kawasan yang jauh dari sumber air
juga dapat diusahakan dengan adanya terusan. Selain itu, kegiatan pertanian
dapat dijalankan secara intensif atau lebih giat dengan adanya sistem pengairan
ini.
Masyarakat agraria di China, telah membina terusan untuk
mengairan kawasam pertanian mereka. Manakala di Belanda pula, mereka
menggunakan kaedah kincir angin untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian.
4. Kesuburan Tanah
Oleh kerana memerlukan tahap kesuburan tanah yang tinggi
bagi membolehkan kegiatan pertanian dijalankan, maka masyarakat agraria telah
berusaha untuk mengetahui bagaimana cara-cara dalam memelihara kesuburan tanah
pertanian ini. Mereka telah mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk
meningkatkan tahap kesuburan tanah pertanian.
Di Belanda, masyarakat agrarianya menggunakan baja asli
(najis binatang) yang diperolehi daripada kawasan penternakan untuk
meningkatkan kesuburan tanah pertanian.
Selain itu, mereka juga menggunakan teknik memugar tanah
pertanian dan mengamalkan sistem tanaman giliran untuk mengekalkan tahap
kesuburan tanah.
5. Peningkatan Penggunaan Teknologi
Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran dalam mencipta
peralatan-peralatan baru bagi menjalankan kegiatan pertanian secara
besar-besaran. Penggunaan teknologi atau peralatan baru turut meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian. Masyarakat di Belanda telah menggunakan mencipta
tugal dan tenggala beroda untuk memugar dan membajak tanah pertanian.
Masyarakat agraria juga memperkenalkan kaedah dan teknik
pertanian untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian seperti memperkenalkan
sistem tanaman giliran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan