Contoh Esei 2
TEMA 1: Masyarakat
Soalan: Bandingkan sistem feudal yang diamalkan di Jepun dengan sistem feudal yang diamalkan di England pada abad ke-16.
Soalan: Bandingkan sistem feudal yang diamalkan di Jepun dengan sistem feudal yang diamalkan di England pada abad ke-16.
Sistem
feudal merujuk kepada sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu
tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Di Eropah, sistem feudal dikatakan
berasal dari empayar Rom dan di Jepun pula, sistem ini sudah bermula sejak
zaman Kamakura. Terdapat persamaan dan perbezaan di antara sistem feudal yang
diamalkan di Eropah dengan di Jepun.
Persamaan
sistem feudal yang diamalkan di Eropah dan di Jepun dapat dilihat dalam
beberapa aspek. Persamaan pertama ialah dari aspeksistem kelas di dalam
masyarakat. Masyarakat terbahagi kepada dua iaitu golongan pemerintah
dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada golongan
bangsawan manakala golongan diperintah terdiri daripada petani, rakyat biasa
dan hamba.
Persamaan
seterusnya ialah, kurangnya berlaku mobiliti sosial di dalam
masyarakat. Jarang berlaku perubahan status dalam masyarakat feudal. Sebagai
contoh, jika dilahirkan sebagai anak petani, maka akan terus menjadi petani.
Hal ini bertepatan dengan ciri sistem feudal iaitu kedudukan seseorang
adalah berdasarkan sistem kelas atau hierarki.
Selain
itu, masyarakat feudal di Eropah dan Jepun sering berdepan dengan peperangan. Kehidupan
masyarakat di kedua-dua negara agar huru-hara. Situasi ini menyebabkan golongan
knight di Eropah dan samurai di Jepun memainkan peranan yang sangat penting.
Kedua-dua golongan ini berkhidmat dan terikat dengan golongan bangsawan sebagai
tentera. Peralatan perang yang digunakan juga sama iaitu kuda, pedang dan baju
perisai.
Perbezaan
di antara sistem feudal yang diamalkan di Eropah dan Jepun pula boleh dilihat
dari aspek binaan istana. Istana di Eropah dibina daripada batu
manakala istana di Jepun diperbuat daripada kayu. Dari segipemilikan tanah pula,
golongan knight di Eropah mendapat tanah sebagai ganjaran atas perkhidmatan
sebagai tentera. Di Jepun pula, golongan samurai tidak memiliki
tanah kerana daimyo membayar gaji samurai dalam bentuk beras.
Perbezaan
seterusnya ialah dari aspek pengukuhan negara bangsa.Pengukuhan
negara bangsa di Eropah dilakukan oleh raja-raja Tudor yang memerintah dengan
cekap. Di Jepun pula, penyatuan dan keamanan negara dilaksanakan oleh jeneral
tentera. Dari aspek perundangan pula, masyarakat feudal di
Eropah mengamalkan konsep undang-undang Rom yang menekankan hak, undang-undang
dan kewajipan. Masyarakat feudal di Jepun pula dipengaruhi oleh etika China
yang menekankan aspek moral melebihi undang-undang.
Jelas
terbukti bahawa sistem feudal yang diamalkan di Eropah dan di Jepun mempunyai
persamaan terutama berkaitan sistem kelas masyarakat, peperangan dan
mobiliti sosial dalam masyarakat. Walau bagaimanapun terdapat juga
perbezaan dari aspek binaan istana, pemilikan tanah, penyatuan negara bangsa
dan konsep perundangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan