Contoh Esei 7
Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
Soalan: Huraikan
peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan
di Perancis
.
Perancis
merupakan antara negara di Eropah yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
mutlak. Walau bagaimanapun, kepincangan dan ketidakstabilan politik serta
kebangkitan rakyat menyebabkan sistem ini dihapuskan dan digantik dengan sistem
pemerintahan raja berperlembagaan.
Di bawah sistem
raja berkuasa mutlak yang diamalkan di Perancis, pemerintahan Perancis terletak
di tangan Raja, Majlis Diraja dan intendant. Kuasa raja mengatasi semua
undang-undang. Raja berkuasa memenjarakan individu yang ingkar atau menyakiti
hati golongan berpengaruh. Tindakan ini dipanggil lettre de cachet. Majlis
Diraja dianggotai kerabat diraja yg berpengaruh. Mereka berperanan membuat
keputusan penting dalam semua bidang. Di peringkat wilayah, intendant
diamanahkan untuk menguruskan hal
pentadbiran dan cukai sekaligus mengurangkan kuasa politik golongan bangsawan.
Golongan paderi atasan dan golongan bangsawan turut
diberi keistimewaan. Golongan bourjois iaitu
golongan kelas menengah seperti professional, guru, peguam dan pedagang turut diberikan keistimewaan seperti
pengecualian cukai. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak berpuas hati kerana
tidak berpeluang naik pangkat dalam pegawai tentera dan berkhidmat dalam
pentadbiran. Golongan petani pula
terbeban dengan pelbagai cukai seperti cukai tanah, garam, harta dan
cukai feudal.
Parlimen
Perancis pula terbahagi kepada tiga estet iaitu estet pertama yang terdiri daripada golongan paderi, estet
kedua dianggotai oleh golongan bangsawan dan estet ketiga pula terdiri daripada
golongan borjouis dan petani. Estet pertama dan kedua diberi keistimewaan
manakala estet ketiga seolah-olah terpinggir. Estet ketiga tidak mempunyai hak
untuk membuat sebarang keputusan penting. Tuntutan estet ketiga untuk
mendapatkan persamaan hak tidak diendahkan oleh Raja Loui XVI. Estet ketiga
akhirnya mengisytiharkan diri sebagai Perhimpunan Kebangsaan atau Parlimen
Negara. Tindakan estet ketiga ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis.
Perjuangan Estet Ketiga mendapat sokongan golongan miskin.
Perjuangan
estet ketiga membuahkan hasil apabila mereka berjaya menawan bangunan Bastille.
Kemuncak perjuangan estet ketiga ialah apabila berlakunya peristiwa yang
dipanggi ‘Hari Ogos’: Peristiwa ini menandakan penghapusan sistem feudal. Ahli
parlimen dan golongan feudal menyerahkan hak
feudal mereka manakala golongan paderi menyerahkan hak gereja. Pada 26
Ogos 1789 , parlimen meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara.
Pentadbiran Perancis dibahagikan kepada
83 kawasan [department] dan setiap department ini dibahagi kepada daerah [cantons]
dan commune. Kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat tempatan dan berkuasa di
kawasan masing.
Menjelang tahun
1791 Majlis Perhimpunan Kebangsaan
menyiapkan perlembagaan baru. Dengan
mengambil idea berdasarkan teori pengasingan kuasa Montesquieu, kerajaan Perancis dibahagikan
kepada badan legislative, badan eksekutif dan badan judisiari. Bermulalah era
pemerintahan raja berperlembagaan di Perancis. Walau bagaimanapun, pemerintahan
raja berperlembagaan berlangsung selama setahun sebelum bertukar kepada
republik. Akibat pergeseran antara golongan revolusi dengan golongan menyokong
raja, Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung
dengan gilotin.
Perubahan
sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan menyaksikan
pergolakkan politik di Perancis. Kacau-bilau yang berlakunya di Perancis
hanya tamat bila Napoleon Bobaparte
mengambil alih pemerintahan [1799].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan