MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND
Pengenalan/Definisi
Masyarakat Feudal
·
masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan
aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan
diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang
ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan
saling memerlukan antara satu sama lain.
· masyarakat
feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada pada
kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan
serf (petani)
· manakala
masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan tertinggi dan
mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan
termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa baginda
kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai.
Ciri-ciri
Masyarakat Feudal di England
1. Setiap serf (rakyat bawahan biasanya
petani) memberi sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi
daripada mereka.
Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight(pahlawan),
bangsawan (baron, duke , lord) dan akhir sekali ialah Raja.
2. Golongan
bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan Raja. Punca kekayaan
golongan ini ialah tanah yang dianugerahkan oleh Raja.
3. Hubungan
bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan
seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada
seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada
vassal tersebut.
4. Harta
feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca
kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan
oleh raja kepada seseorang lord kemudian lord pula akan memberikan tanah kepada
vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan.
5. Dalam
aspek ketenteraan, wujud kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan
khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai
penerimaan fief.
6. Kuasa
pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan
dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di
atas tanah-tanah kepunyaan lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord
juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan
undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan
institusi kewangannya.
Susun lapis
masyarakat feudal di England
1. Masyarakat
di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang
dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan
masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau
pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di bawahnya terdapat
beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau vassal yang
memberi kesetiaan kepada raja. Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua
iaitu lapisan pertama dan kedua.
2. Golongan
Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung
daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan
pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses
ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan lapisan ke dua seterusnya
membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang lebih rendah daripadanya
atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang
menentap difiefnya. Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf
antara orang bebas dengan hamba.
3. Golongan
yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang
menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali
sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas
sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas
bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain.Mereka bergantung
kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga
petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan.
4. Selain itu terdapat golongan
paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan besar
daripada mereka terdiri daripada daripada golongan bangsawan yang
mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal. .Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan
ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah
barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan
pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah
golongan bangsawan.Justeru itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan
jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga
mereka. Akibatnya pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan
meterial dan mempunyai dua tanggungjawab
Ciri-ciri
Masyarakat Feudal di Jepun
1. Sistem
feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang
berada di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang
tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya
termasuklah tanah. Hakikat ini dapat dilihat pada zaman Kamakura antara
abad ke-12 dan 14, di mana keluarga Minamoto menjadi
keluarga yang penting di Jepun. Keluarga ini mampu
membekalkan keperluan keselamatan yang diperlukan oleh maharaja dan
mereka turut menguasai tanah dan segala penghasilannya.
2. Sebagai
ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang
setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah dan
bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo merupakan
pegawai yang bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di bayar
walaupun kekerasan terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus kekal sehingga
zaman Meiji apabila beberapa perubahan besar dilakukan.
3. Menurut
Abdullah Zakaria Ghazali, dalam usaha melihat sejarah sistem Feudal di
Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan
akar kepada keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada
pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun
kerana kewujudan estate persendirian yang dikenali sebagai syo atau
syoen. Pertumbuhan estet-estet persendirian ini telah
dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan golongan
perwira (buke).Golongan ini memberi taat setia kepada Kamakura dan
hasil daripada ketaatsetiaan ini menyebabkan mereka
mendominasi jawatan jito serta shugo. Gabungan organisasi
inilah yang menjadi asas kepada kemunculan sistem feudal di Jepun.
4. Sehubungan
itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah melahirkan dua
golongan yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan
birokrasi pemerintahan dan golongan tentera. Golongan
birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau
daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada hasil
tanah kepada maharaja.
5. Selain
itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain.
Ini disebabkan wujud keterikatan yang kuat antara golongan daimyo
dengan tentera dan petani , manakala maharaja tidak mempunyai sebarang
peranan.Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) di Jepun begitu
berpengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan.
Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan
kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja.
6. Golongan
tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan
digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan hak milik
mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan
mereka. Kekuatan ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada
kebangkitan daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana
sepatutnya.
Susun
lapis masyarakat feudal di Jepun
1. Struktur
sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan
pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja,
Shogun, Daimyo dan Samurai. Golongan diperintah terdiri
daripada petani, tukang dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat
dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.
2. Dalam
hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun semasa
pemerintahan Shogun Tokugawa Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk
mentadbir. Baginda hanya menjadi lambang perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah
terletak kepada Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama
maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa
dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan
pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang
penyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah
manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan
dikawal oleh sekutu Tokugawa.
3. Daimyo
merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran
Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo
Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan
telah dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo
Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Mereka
diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri
daripada mereka yang memusuhi Shogun. Mereka telah ditempatkan
jauh daripada Shogun untuk mengelak ancaman daripada mereka.
4. Samurai
merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa. Mereka berfungsi
sebagai penjaga keamanan negara dan Daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan
kerja lain.
5. Dalam
kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi.
Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan
rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja
kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini
menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani
sahaja.
6. Kelas
tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir dalam
pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik
dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.
7. Kelas
pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak
dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan
ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak.
Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka.
Perbandingan
ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun
Persamaan:
1. Konsep
masyarakat feudal yang berasaskan saling memerlukan antara golongan pemerintah
dan golongan diperintah dan berbentuk piramid
2. Pembentukan
masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas
3. Kurang
perubahan status atau mobiliti sosial
4. Peperangan
adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat
5. Peralatan
peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda, pedang dan baju
perisai
Perbezaan:
1. Masyarakat
feudal di England menekankan hak, undang-undang dan kewajipan manakala di Jepun
menekankan aspek moral, kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika Confucius
2. Pembinaan
istana di England menggunakan batu manakala di Jepun menggunakan kayu
3. Kuasa
pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di Jepun
4. kuasa
dan kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak
5. Di
England, sesiapa boleh memiliki tanah asalkan berjasa kepada pemerintah
(Knight) tetapi di Jepun golongan samurai tidak berhak untuk mempunyai
tanah
6. Di
England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia dilaksanakan
oleh ketua tentera
Soalan-soalan
Perbincangan:
1. Huraikan
konsep dan ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun.
2. Bincangkan
susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun
3. Bandingkan
ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan