Contoh
Esei 3
Tema
4: Konflik Antarabangsa
Soalan: Huraikan
/ jelaskan faktor yang dijadikan alasan oleh Barat untuk menduduki China
Menjelang abad ke-19, ekonomi China
berkembang dengan baik. Kekayaan sumber bahan mentah menyebabkan kuasa Barat
mulai berminat untuk menduduki China. Ekonomi Eropah berkembang pesat ekoran Revolusi
Industri menyebabkan kuasa Barat berusaha mengembangkan pengaruh ke China untuk
mendapatkan bekalan bahan mentah dan juga pasaran yang luas.
Antara alasan yang digunakan oleh
kuasa Barat iaitu British untuk menguasai China ialah perdagangan yang
berat sebelah. Dasar tutup pintu atau pemencilan yang diamalkan dan
pelbagai syarat yang dikenakan oleh kerajaan China menyebabkan kuasa Barat
kerugian. Sebagai contoh, pedagang Barat hanya dibenarkan berdagang di
pelabuhan Canton dan urusan perniagaan hanya boleh dijalankan melalui orang
tengah iaitu Co-hong. Selain itu, pedagang Barat juga hanya dibenarkan berurus
niaga dengan menggunakan wang emas atau perak sahaja. Factor inilah yang
dijadikan alasan oleh kuasa Barat untuk menduduki China.
Percanggahan dalam soal perundangan juga dijadikan sebagai alasan
oleh kuasa British untuk menguasai China. Kerajaan China
berpegang kepada prinsip “ seseorang yg dituduh melakukan jenayah
dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan”. Hal ini
bertentangan dengan prinsip keadilan Barat yang menekankan ” seseorang
yg dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan
dapat dibuktikan dengan jelas”. Situasi ini diburukkan lagi oleh
percanggahan falsafah undang-undang kedua-dua kuasa tersebut. Falsafah
undang-undang Chinamenetapkan hukuman adalah “tanggungjawab berkumpulan”
manakala falsafah Undang-undang Barat menekankan hukuman adalah “ tanggungjawab
individu”.
Soal pengharaman perdagangan
candu oleh kerajaan China juga menyemarakan lagi keinginan British
untuk menduduki China. Syarat perdagangan yang ketat oleh kerajaan China
menyebabkan perdagangan tekstil British gagal menembusi pasaran
China sekaligus menyebabkan British gagal mendapatkan bekalan teh dan sutera
yang mendapat permintaan tinggi di Eropah. Kegagalan ini menyebabkan British
membawa masuk candu sehingga akhirnya mendapat permintaan tinggi di China.
Kemasukan candu menyebabkan pengaliran keluar wang China sehingga memaksa
Maharaja Tao Kuang mengharamkan perniagaan candu. Hal ini telah dijadikan
alasan oleh British untuk menyerang China.
Selain
itu, isu penyebaran agama Kristian turut dijadikan alasan oleh
British untuk menduduki China. China tidak berpuas hati dengan mubaligh kristian
yang berjaya menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat China.
Perkembangan agama Kristian dianggap mengancam kebudayaan dan tradisi nenek
moyang, ajaran Confucius dan Taoisme oleh China. China kemudian bertindak
membunuh paderi, rahib dan pegawai Barat di Tientsin serta membakar gereja.
British marah dengan tindakan China yang dianggap kejam. Mereka menjadikan isu
ini sebagai salah satu cara untuk menguasai China.
Tekanan
daripada British dan kekalahan dalam Perang Candu I dan Perang Candu II
menyebabkan China terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking [1842] dan
Perjanjian Tientsin [1858]. Perjanjian ini telah membawa kepada pembukaan
pelabuhan-pelabuhan di China kepada pedagangan Barat. Akhirnya, Barat Berjaya
menguasai perdagangan di China.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan