USAHA BISMRCK MENYATUPADUKAN BANGSA JERMAN SELEPAS TAHUN
1871
Pendahuluan
Bismarck dilahirkan pada 1 April 1815 di Brandenburg, Prusia
dalam kalangan keluarga bangsawan. Beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di
Jabatan Perkhidmatan Awam Prusia. Bismarck dipilih menjadi wakil dalam Parlimen
yang dikenali sebagai Diet Bersatu oleh Raja Frederick William IV pada tahun
1847.
Pada tahun 1895, beliau dihantar ke Rusia sebagai duta
Prusia dan seterusnya beliau pernah berkhidmat sebagai duta ke Paris. Pada
tahun 1862, Raja William I telah melantik Bismarck sebagai Ketua Menteri
Prusia. Setelah menjadi ketua menteri Prusia, beliau menggunakan dasar “darah
dan besi” untuk menyatukan Jerman.
Beliau menyatukan negara Jerman melalui dua peringkat. Pada
peringkat pertama (1864-1870) beliau berperang dengan Denmark, Austria dan
Perancis untuk menyatukan negeri-negeri Jerman di bawah Prusia. Selepas
menyatukan Jerman secara fizikal, Bismarck melancarkan peringkat kedua
rancangan penyatuan Jerman bagi menyatukan rakyat Jerman supaya menjadi sebuah
negara yang bersatu padu.
Usaha-usaha Bismark Untuk Penyatuan Penduduk Berbangsa
Jerman.
1. Menyekat pengaruh gereja
Semasa pemerintahannya, Bismarck telah menghadapi masalah
dengan gereja Roman Katolik di Jerman. Paderi-paderi Roman Katolik ingin
berkuasa semula dan mereka menyeru jajahan di Jerman menuntut lebih kebebasan
daripada Kaiser.
Dalam pada itu, Paus mula bertindak untuk mempengaruhi
Jerman dalam hal ehwal politiknya. Bismarck bimbang kebangkitan gereja Roman
Katolik akan memecahkan perpaduan dalam negeri Jerman.
Bagi mencegah perkembangan semula kuasa gereja, Bismarck
memulakan pergerakan anti-gereja yang dikenali sebagai Kulturkampf pada tahun
1872. Beliau meluluskan siri undang-undang yang dikenali sebagai Undang-Undang
Mei bagi mengawal sekolah-sekolah agama Katolik dan pegawai tinggi gereja.
2. Memulihkan Keamanan di Jerman dan Eropah
Bismarck telah mengambil langkah bagi mewujudkan keamanan
dalam dan luar negara bagi membangunkan negara Jerman. Bismarck mengamalkan
dasar berhati-hati dalam menjalinkan persahabatan dengan negara-negara lain di
Eropah.
Beliau bimbang Perancis yang telah kehilangan banyak
jajahannya kepada Jerman pada tahun 1871 akan menyerang Jerman. Pada tahun
1882, Bismarck mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali
sebagai Perikatan Bertiga. Melalui Perikatan ini, beliau berharap negara-negara
lain terutamanya Perancis tidak akan memulakan peperangan dengan Jerman.
3. Perlembagaan Jerman
Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan
penyatuan Jerman adalah dengan memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh
Jerman. Perlembagaan Jerman memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah Parlimen
yang terdiri daripada Majils Persekutuan (Bundestrat) dan Diet Maharaja
(Reichstag).
Majlis Persekutuan terdiri daripada wakil-wakil yang
dilantik dan semua negeri di Jerman manakala Diet Maharaja mengandungi 400 ahli
yang dipilih oleh rakyat Jerman. Diet Maharaja mempunyai kuasa yang amat terhad
dalam meluluskan sesuatu undang-undang.
Manakala Majlis Persekutuan, Canselor dan Kaiser mempunyai
kuasa membatalkan sebarang keputusan yang dibuat oleh Diet Maharaja. Perlembagaan
mi memberikan kuasa kepada Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan negara Jerman.
4. Menyeragamkan Sistem Ekonomi
Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan
penyatuan Jerman adalah memperkenalkan sistem ekonomi yang cekap. Beliau mengambil
Iangkah-langkah untuk memperkenalkan sistem percukaian, mata wang serta sistem
sukatan dan timbangan yang seragam di seluruh negara Jerman.
Beliau turut menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf di
seluruh Jerman. Selain itu, beliau juga menyediakan sistem perhubungan yang
lebih baik dengan membina jalan raya yang Iebih baik. Beliau juga membina
rangkaian jalan kereta api yang menghubungkan seluruh wilayah di negara Jerman.
5. Membangunkan Sektor Perindustrian
Bismarck turut mengambil langkah menjadikan negara Jerman
sebagai negara perindustrian yang kaya. Beliau mengambil langkah untuk
memastikan kekayaan sumber asli di negara Jerman seperti arang batu, besi,
potasium dan ligmit digunakan dengan cekap dan mahir. Beliau juga menubuhkan
pertubuhan yang dikenali sebagai Kartil untuk menyelaraskan pertumbuhan
industri di Jerman.
6. Memajukan Sektor Pertanian dan Perdagangan
Bismarck turut mengambil langkah-langkah untuk membangunkan
sektor pertanian dan perdagangan di Jerman. Bagi meningkatkan pengeluaran
pertanian, baja-baja murah dikeluarkan oleh industri di Jerman.
Dalam bidang perdagangan, beliau memperkenalkan
undang-undang tarif pada tahun 1879 bagi menyekat kemasukan barang-barang dan
negara luar seperti Britain dan Perancis. Undang-undang tarif bertujuan untuk
menyelamatkan pedagang dan petani Jerman yang tidak dapat bersaing dengan
barang-barang yang dikeluarkan oleh negara-negara lain seperti Britain,
Perancis, Rusia dan Amerika.
7. Pemulihan Sosial
Bismarck juga memperkenalkan rancangan-rancangan sosial bagi
merapatkan jurang antara golongan yang kaya dengan golongan miskin. Bismarck
bertindak membaiki nasib golongan pekerja di kilang-kilang baru dengan
mengadakan undang-undang bagi membaiki taraf hidup mereka.
Pada tahun 1885, Bismarck memperkenalkan Undang-Undang
Insuran Sakit untuk membantu pekerja-pekerja mendapat kemudahan perubatan
percuma dan gaji jika mereka sakit. Selain itu, beliau juga meluluskan satu
lagi undang-undang untuk melindungi pekerja yang cedera semasa bekerja.
Menerusi undang-undang ini, majikan terpaksa membayar penuh kos perubatan
pekerja yang cedera semasa bekerja.
Pada tahun 1889, Undang-Undang Insuran Masa Tua telah
diluluskan. Pekerja-pekerja menyumbangkan sebahagian gaji mereka kepada
tabungan wang ini dan boleh mengeluarkannya apabila mereka bersara.
Menerusi rancangan-rancangan sosial ini beliau berjaya
menyatukan negara Jerman dengan mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai
lapisan penduduk Jerman.
Kesimpulan
Bismarck merupakan tokoh yang amat berjasa dan
bertanggungjawab dalam pembentukan negara Jerman. Beliau bertanggungjawab
menyatukan negeri-negeri kecil yang berasingan menjadi sebuah negara yang kuat
dan bersatu di benua Eropah.
Beliau membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan
rakyat Jerman menerusi kejayaan yang dicapai dalam medan peperangan. Selain
itu, melalui dasar politik, sosial, ekonomi dan pentadbiran, beliau menjadikan
Jerman sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan