MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND
KONSEP MASYARAKAT FEUDAL
1. Feudalisme
adalah satu bentuk kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada abad ke-9 M, selepas perpecahan Empayar
Charlemangne dan berlanjutan sehingga abad ke-13 Masihi. Sistem pemerintahan
ini wujud apabila kuasa kerajaan jatuh ke tangan orang persendirian
(Sivachandralingam, 1996: 66).
2. Secara umumnya
Sistem Feudal (Feudalisme) bolehlah
didefinisikan sebagai satu bentuk
kerajaan, yang kuasa politiknya dikuatkuasakan secara tempatan oleh
individu persendirian tetapi bukan oleh
kerajaan pusat.
3. Menurut Gan
shof (1944) Konsep Feudalisme pertama
kali digunakan pada kurun ke- 17 bagi
merujuk kepada sistem politik di Eropah pada zaman pertengahan yang memeperlihatkan hubungan yang saling memerlukan di antara tuan tanah
(lords), orang biasa atau petani (Vassals) dan
tanah (fiefs). Dengan kata lain, dalam sistem ini petani bekerja dan
menjadi tentera untuk melindungi seorang bangsawan dan sebagai balasan mereka
boleh mengusahakan tanah bangsawan tersebut. Walaupun istilahnya diambil daripada perkataan latin feodum atau
feudum (fief), namun konsep feudalism
dan sistemnya bukanlah satu sistem politik formal pada zaman itu.
4. Menurut Abdullah
Zakaria et. al. ( 2003: 92 ) Pada
asasnya, sistem ini
memperlihatkan hubungan peribadi
yang erat antara tuan tanah atau lord dengan Vassal atau pemegang tanah
(petani) yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada
lord. Satu pihak akan
memberi perlindungan sementara
satu pihak yang lain memberi perkhidmatan ketenteraan demi keselamatan
raja. Mereka juga di beri gelaran tertentu sebagai mengakui
sumbangan tersebut. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, pihak yang dikenali
sebagai feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan
tertentu termasuklah membekalkan buruh
untuk sistem kerah. Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama.
CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL
Menurut Francois-Louis Ganshof (1944) Sistem feudal
sekurang-kurangnya mempunyai empat ciri penting iaitu hubungan bertimbalas
antara seorang bangsawan (Vassal) kepada
bangsawan lain yang lebih kuat atau lebih berpengaruh (lord), hak milik tanah atau sistem fief, ketenteraan
dan kuasa pemerintahan serta hak-hak
perundangan.
Vassalage atau hubungan bertimbal balas yang di buat melalui
persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (Vassal) kepada seorang
hulubalang lain, yang di angkat sebagai tuan (lord) kepada Vassal tersebut
disebabkan ia lebih kuat atau lebih berpengaruh. Hubungan ini merupakan satu
bentuk hubungan persendirian yang bersifat kehormat kerana ia melibatkan
perjanjian antara dua orang Individu yang terdiri daripada kelas hulubalang
sahaja (Carl Stephenson, 1956:5-10). Melalui hubungan ini, seseorang Vassal dan
lord akan diikat dengan fungsi dan tanggungjawab tertentu, iaitu memberikan
ketaatan dan perkhidmatan, khususnya ketenteraan oleh Vassal kepada lordnya
manakala lord pula akan berfungsi memberi penjagaan dan perlindungan kepada
Vasalnya (Azmi Arifin, 2006:55).
Ciri yang kedua ialah fief iaitu sejenis harta feudal,
kebiasaannya berupa tanah yang diberikan oleh seseorang lord kepada vassalnya
bertujuan untuk mengikat persetiaan tersebut. Oleh kerana tujuan utama
pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga
dikenali sebagai military fief ( Azmi Ariffin,1992:55). Bagi sesetengah
pengkaji, fief tidak semestinya berupa tanah sahaja. Sebaliknya pangkat,
jawatan, kedudukan dan sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief.
Menurut Strayer (1953) Terdapat golongan vassal yang tidak mempunyai sebarang
tanah (landless knights) merupakan satu fenomena biasa yang dapat ditemui di
Eropah Barat pada kurun ke-11. Kewujudan golongan ini meskipun semakin berkurangan
tetapi tidak pula lenyap pada kurun-kurun selepasnya. Tugas lord ialah menjaga
pengikutnya seperti menampung segala keperluan sara hidup pengikutnya kerana
Vassal merupakan hulubalang sepenuh masa dan tidak terlibat dalam aktiviti
ekonomi. Di Eropah Barat pada zaman pertengahan, kegiatan ekonomi yang
berkaitan perdangangan telah terjejas teruk akibat kekacauan, serangan luar dan
peperangan. Keadaan ini menyebabkan raja-raja yang berfungsi sebagai Lord
menghadapi masalah untuk membayar upah dalam bentuk wang. Ketika itu hanya
terdapat dua cara yang membolehkan seseorang Lord melaksanakan tugasnya.
Pertama seseorang Lord akan menempatkan seseorang vassal di istana-istananya
dengan menyedaikan makanan, pakaian, senjata atau sebarang keperluan yang dikehendakinya.
Kedua ialah dengan memberikannya tanah sebagai sumber pendapatan yang boleh
menampung keperluan hidupnya. Cara ini amat popular kerana dapat menarik minat
golongan hulubalang yang berkuasa kerana ia melibatkan jaminan dari segi
kedudukan politik, ekonomi dan sosial. Seseorang lord yang tidak mampu mengikat
kesetiaan seseorang vassal melalui pemberian tanah biasanya akan mendapati
dirinya kehilangan sokongan dan pengaruh, manakala seseorang vassal yang tidak
memiliki sebarang tanah sekalipun mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi
daripada seorang petani kaya, tidak mempunyai peranan dari segi politik dan
pemerintahan. Dengan itu mereka akan berada pada kedudukan sosial yang lebih
rendah dalam hierarki kelas hulubalang atau bangsawan yang menguasai tanah.
Dari sudut ini kita bolehlah mengatakan pemilikan tanah akan menentukan status
dan kedudukan seseorang pada zaman feudal di Eropah Barat.
Ciri Feudal yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya
kelas-kelas hulubalang dan pelaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian
oleh vassal kepada lord sebagai balasan penerimaan fief. Oleh kerana tujuan
asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi ketenteraan yang
efektif, maka perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal kepada lord ialah
perkhidmatan ketenteraan, sedangkan perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah
yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan perkhidmatan sampingan
sahaja.Oleh sebab itu kebanyakan pengkaji sejarah feudalism bukan sahaja di
Eropah Barat, malah di Jepun, China, India, Timur Tengah dan sebagainya
berpendapat institusi feudal tidak mungkin wujud tanpa adanya aspek
ketenteraan.Malah perkembangan feudalisme bukan sahaja dikaitkan dengan
wujudnya organisasi ketenteraan semata-mata tetapi juga dikaitkan dengan
kemunculan kelas-kelas tentera elit baru dan perkembangan teknologi peperangan.
Misalnya perkembangan feudalism di Eropah Barat dikaitkan dengan kemunculan
golongan knights dan chivalry, di Jepun kelas samurai dan knight-archer,
cataphracts di Byzantium dan Iran, Chariot-fighters di Timur Tengah dan China
dan sebagainya lagi (Strayer, 1953:9). Kemunculan kelas-kelas tentera elit baru
yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai peralatan yang jauh lebih mahal
telah menjadikan khidmat ketenteraan pada zaman feudal di eropah hanya mampu
dimonopoli segolongan kecil kelas bangsawan sahaja, terutama dikalangan mereka
yang menguasai tanah. Dari segi sosial perkembangan ini telah meningkatkan lagi
jurang perbezaan yang sedia wujud antara kelas hulubalang dengan golongan
rakyat biasa yang terikat dengan kegiatan pertanian.
Ciri yang keempat ialah pemilikan kuasa pemerintahan dan
hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord
terhadap vassalnya. Kuasa pemerintahan ini juga meliputi penduduk bukan vassal
yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord, yang biasanya dilaksanakan oleh
sebuah kerajaan. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke
atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai,
mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.Pemusatan kuasa
ketenteraan, polittik dan ekonomi ditangan seseorang lord telah menggalakkan
perkembangan wilayah-wilayah feudal yang berdaulat dan berautonomi. Jika
berlaku pertelingkahan antara lord dengan raja, golongan vassal yang terikat
dengan perjanjian feudal biasanya akan memberikan kesetiaan penuh kepada lord
yang berada di atasnya berbanding kepada seseorang raja yang tidak mempunyai
hubungan secara langsung dengannya. Walau bagaimanapun corak hubungan ini
bergantung kepada taraf sosial (prestij) dan kedudukan raja itu sendiri. Jika
baginda seorang pemerintah yang berpengaruh, maka kedudukan lord mungkin
sedikit sebanyak dapat dikawalnya. Tetapi kebiasaannya pada zaman feudal,
kedudukan seseorang raja amat lemah dan baginda selalunya tidak mempunyai
kekuatan untuk mengawal pembesar feudal. Bagi Strayer (1953) aspek pemilikan
kuasa dan hak-hak perundangan golongan lord ini merupakan ciri feudalisme yang
paling asas dan terpenting. Walau bagaimanapun tanpa wujudnya hubungan
vassalage-fief dan perkembangan aspek ketenteraan, pemilikan kuasa dan hak-hak
perundangan itu tidak mungkin diperolehi.
Berdasarkan keempat-empat ciri tersebut, feudalisme bolehlah
ditakrifkan sebagai satu bentuk organisasi yang diwujudkan oleh satu bentuk
hubungan persendirian yang diikat antara seseorang individu dari kelas
hulubalang dengan individu daripada kelas hulubalang yang lain, iaitu antara
lord dan vassal. Melalui ikatan vassalage - fief, seseorang vassal dikehendaki
menjaga dan melindungi vassalnya.Susunan ini kemudiannya menjadi asas kepada
keseluruhan struktur politik, pemerintahan, perundangan dan kemasyarakatan yang
wujud dalam setiap wilayah atau negara yang dikawal oleh corak hubungan
tersebut (Azmi Ariffin,2002: 59)
SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL
1. Masyarakat
feudal boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemimpin dan
golongan yang dipimpin.golongan pemimpin terdiri daripada raja, pembesar
(bangsawan), dan golongan yang dipimpin ialah
rakyat atau petani.
2. Raja mempunyai
kuasa mutlak dan berada dikedudukan
paling tinggi. Di bawah raja, terdapat beberapa lapisan para bangsawan
yang menjadi vassalnya.
3. Bangsawan
lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja
dikenali sebagai tenants-in-chief.Bangsawan lapisan pertama itu membahagikan
fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua dikenali sebagai subinfeudation.
4. Bangsawan
lapisan kedua seterusnya mungkin membahagikan fief mereka kepada bangsawan
lapisan ketiga.Setiap bangsawan berkuasa ke atas petani yang menetap di
fiefnya.
5. Kelas paling bawah sekali ialah kaum tani (serf).
Kaum tani semuanya miskin dan tidak berpelajaran. Hak-hak mereka sedikit tetapi
tugas mereka banyak.Kerap kali mereka ini tidak diberi layanan yang memuaskan
oleh tuan-tuan mereka.Hampir kesemua petani terdiri daripada golongan serf yang
bertaraf antara orang bebas dengan
hamba.Peluang untuk menjadi kaya dan masyhur dengan usaha sendiri sangat tipis.
Seseorang hamba akan menjadi hamba seumur hidup dan anak-anak mereka juga akan menjadi hamba.
6. Sebagai
kesimpulannya dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu hierarki yang
jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang raja
(Abdullah Zakaria, 2003:93). Struktur masyarakat feudal di Eropah bolehlah
boleh digambarkan seperti rajah di
bawah.
SISTEM FEUDAL DI ENGLAND
Latarbelakang Sistem Feudal di England
Selepas kejatuhan
Empayar Rom, menjelang tahun 800 Masihi,
muncul satu institusi politik
yang dikenali sebagai feudalisme di Negara- negara Eropah Barat termasuklah di England. Dalam
sistem feudal terdapat satu susunan tanggungjawab yang kompleks dan obligasi
di kalangan individu daripada kelas
terbawah (serf) kepada kelas teratas iaitu raja. Setiap serf memberi sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih
tinggi daripada mereka. Golongan yang
lebih tinggi ini ialah knight (pahlawan),
bangsawan (baron, duke,lord) dan
akhir sekali ialah raja.Setiap bangsawan
berjanji untuk melindungi mereka yang telah bersumpah untuk bersatu
dengannya (Sivachandralingam,
et.al.1999:93). Dalam sistem feudal
di England, kebergantungan sangat
kuat antara seorang raja dengan golongan bangsawan (lord) yang dilantik sendiri
oleh raja.
Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan
raja. Jika seseorang raja memerlukan tenaga buruh untuk melakukan sesuatu kerja atau memerlukan tentera maka golongan
petani (serf) akan dikerah untuk memenuhi keperluan tadi. Jadi dalam sistem
feudal di England golongan petani (serf)
menjadi subjek utama dan tidak mempunyai sebarang hak. Dalam sistem feudal,
tanah menjadi elemen utama iaitu semua tanah adalah milik raja. Golongan bangsawan
telah dikurniakan tanah (wilayah) oleh
raja. Tanah menjadi punca kekayaan bagi raja dan golongan bangsawan.
Ciri-ciri Sistem Feudal di England
1. Hubungan bertimbal
balas atau hubungan dua hala.
Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui
persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang
hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut.
Melalui hubungan ini, seseorang vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan
tanggungjawab-tanggungjawab tertentu. Golongan vassal akan memberikan ketaatan
dan perkhidmatan terutamanya dalam bidang ketenteraan kepada lordnya. Sebagai
timbal balas golongan lord pula akan memberikan penjagaan dan perlindungan
kepada vassalnya.
2. Harta feudal yang
kebiasaannya berupa tanah.
Ciri yang kedua iaitu harta feudal (fief), kebiasaannya
berupa tanah yang menjadi punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan
golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord kemudian
lord pula akan memberkan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat
persetiaan. Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan
khidmat ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai military fief. Fief tidak
semestinya berupa tanah sahaja, sebaliknya pangkat, jawatan, kedudukan dan
sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief. Pemberian fief berupa
tanah dapat menarik minat golongan
hulubalang yang berkuasa. Golongan serf tidak memiliki tanah, tetapi dibenarkan
untuk bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang dibenarkan oleh
tuan tanah.
3. Ketenteraan.
Ciri feudalisme yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu
wujudnya kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan
persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief. Oleh kerana
tujuan asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi
ketenteraan yang efektif. Perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal kepada
lord ialah perkhidmatan ketenteraan. Perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah
yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan perkhidmatan sampingan
sahaja.Oleh kerana sistem feudal dikaitkan dengan aspek ketenteraan maka di
Eropah atau England wujudnya golongan tentera elit seperti knights dan chivalry
yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai peralatan yang mahal.
4. Kuasa pemerintahan
dan hak-hak perundangan persendirian.
Ciri feudalisme keempat ialah kuasa pemerintahan dan hak-hak
perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap
vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord.
Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber
ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal
institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.
Struktur Masyarakat Feudal di England.
1. Masyarakat di
England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang
dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan
masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak
di lapisan paling tinggi. Di bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan
yang menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan kepada raja.
Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.
2. Golongan Bangsawan
lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja
dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama pula membahagikan
fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagai
subinfeudation . Bangsawan lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada
bangsawan yang lebih rendah daripadanya
atau golongan petani. Setiap
bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang menentap dififnya.
Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas
dengan hamba (Ranjit Sing Malhi, 1993: 91).
3. Golongan yang
dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan
golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan
hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan
mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain.
Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian.
Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan (
Ranjit Sing Malhi, 1993: 91).
4. Selain itu
terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan
besar daripada mereka terdiri daripada
daripada golongan bangsawan yang
mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal (Ranjit Singh Malhi,
1993:91).Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3
daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah barat di kawal oleh greja.
Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja
biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka sering campur tangan
dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang
dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai greja terdiri daripada
golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua tanggungjawab
(Sivachandralinggam, 1996:70)..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan