MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN
Pengenalan
Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan
revolusi industri selepas di England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada
revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur
seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih
banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang
berorientasikan industri seperti di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin.
Bilangan penduduk yang semakin ramai
telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri.
Longgokan sumber bahan mentah yang banyak juga menyumbang
kepada perkembangan perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia
pada abad ke19.
Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
1. Kemajuan dalam
sistem pertanian
- Kemajuan
teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian seperti masalah
pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan
penggunaan kuda.
- Kemajuan dalam
pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah, misalnya melalui
penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi
masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula, saintis Jerman,
Justus von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan (kimia)
- Selain itu
petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak
lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.
2. Perkembangan
perindustrian
- Pembukaan
lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah mendorong kepada
kewujudan masyarakat industri.
- Kemajuan dalam
industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup
- Kemajuan dalam
industri tekstil khususnya di Berlin
- Ciptaan-ciptaan
baru mencetuskan inovasi baru dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia
dan elektrik.
3. Kemajuan dalam
sistem pengangkutan
- Masyarakat
industri di Jerman juga maju dalam sistem pengangkutan.
- Kemajuan yang
pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam sektor
pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api.
- Borsig telah
muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan
jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman.
4. Perdagangan
antarabangsa
- Pada tahun
1870an berlaku perkembangan pesat dalam perindustrian di Jerman yang
menyebabkan pertambahan dalam eksport sehingga mencetuskan masalah dalam
memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.
- Daripada
perkembangan tersebut, perluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan
perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan.
- Pada tahun
1897, Jerman mempunyai hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang
batu serta membina pengkalan tentera di sana.
5. Kemajuan dalam
sistem kewangan
- Pada tahun
1840an, Bank of Prussia menjalankan perniagaan perbankan sebagai join stock
dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
- Sistem
perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank
utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart
(1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank (1870) dan Dresdener Bank (1872)
- Melalui sistem
perbankan, membawa kemunculan kelas pengusaha industri baru pada abad ke 18
kerana mereka mendapat bantuan modal daripada bank.
- Penyaluran
modal tersebut membolehkan pihak bank mempunyai kuasa mengawal perusahaan yang
dijalankan oleh syarikat-syarikat industri.
- Selain itu
penubuhan kartel di Jerman juga membantu perkembangan industri apabila
menguasai bekalan dan harga jualan bagi produk-produk.
6. Dasar kerajaan
- Kewujudan
masyarakat industri di Jerman juga dirangsang oleh dasar kerajaan Jerman yang
menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk melahirkan ramai tenaga
mahir.
- Undang-undang
insurans sosial juga dikuatkuasakan pada tahun 1883
- Selain itu
banyak pusat-pusat kesihatan dibina yang mana kos pembiayaan 2/3 ditanggung
oleh oleh pekerja dan selebihnya oleh majikan
- Kerajaan juga
memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu langkah mengawal pemikiran rakyat
- Seterusnya
kerajaan Jerman mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank
- Kerajaan Jerman
fokus kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan senjata di Eropah.
Soalan-soalan Perbincangan :
1. Bandingkan
definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di negara England dan Jerman antara
abad ke-18 hingga abad ke-19
Tiada ulasan:
Catat Ulasan