MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND
Pengenalan
Pada umumnya, revolusi perindustrian bermaksud proses
perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Revolusi
perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada
tahun 1760 hingga tahun 1860. Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian
telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan
Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.
Revolusi perindustrian
mempunyai beberapa maksud seperti perubahan pesat dalam kaedah
pengeluaran barangan selain pertanian. Ia juga mempunyai pengertian lain iaitu
melibatkan proses perubahan dalam industri, dalam bidang penggunaan sumber
tenaga, bidang sosial dan intelektual. Perubahan ini melibatkan penghasilan
barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin pengeluaran dan
proses kimia.
Menurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri
wujud selepas berlakunya Revolusi
Industri yang dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain) pada
tahun 1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang pesat dalam bidang
ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria
kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin dalam memproses bahan
mentah menjadi barangan siap atau barangan kilang.
Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem ekonomi
kapitalisme iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara
persendirian ke atas aset-aset kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi
Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria
(pertanian) kepada negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya
pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.
Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada
pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda,
pengumpulan modal yang memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya
pertambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri
daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doktor, peguam dan
jurutera.
Faktor-Faktor Yang Mendorong Tercetusnya Revolusi
Perindustrian di England.
1. Berlakunya
perkembangan pesat dalam sektor pertanian telah menambahkan pengeluaran makanan
di England.
2. Perkembangan
industri tekstil yang merupakan perusahaan tertua di England telah mendorong
pengambilan beribu-ribu tenaga kerja untuk menghasilkan barangan tekstil.
3. Revolusi ini
juga berlaku kerana England mempunyai modal yang banyak yang dipusatkan di Bank
England dan juga mempunyai bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan
bijih timah. Bekalan bahan mentah ini
juga dibekalkan oleh empayar England di luar negara.
4. Di England
juga berlaku pertambahan penduduk turut menyumbang kepada bekalan tenaga buruh
yang tinggi untuk kilang dan pasaran yang tersedia sama ada dalam negara dan
empayar luar England.
5. England juga
mempelopori perindustrian di Eropah kerana mempunyai hasil kekayaan yang
dikumpul daripada pengamalan dasar mekantilisme. England juga muncul sebagai
negara yang pertama berlaku revolusi perindustrian kerana tidak mendapat
persaingan daripada negara-negara Eropah yang lain seperti Perancis dan Jerman.
6. Pada abad
ke-18, England mengamalkan satu bentuk sistem aristokrat yang terbuka iaitu
golongan aristokrat (bangsawan) diberi keistimewa yang banyak, memiliki
kekayaan dan pengaruh politik. Di bawah sistem terbuka ini golongan pedagang
diterima secara terbuka dan mempunyai hubungan yang rapat antara kedua-duanya.
7. Golongan
puritan merupakan sebahagian kecil golongan agama bermazhab protestan yang
tidak berpuas hati dengan gereja
Anglican (gereja kebangsaan di England) terhadap pengekalan amalan dan sifat
gereja tradisional Kristian. Golongan ini turut membantu perkembangan rovolusi
perindustrian di England dengan melabur sejumlah wang dalam industri. Mereka
juga memperkenalkan kemajuan sains dan teknologi dalam bidang industri.
8. Penciptaan
baharu dalam revolusi pertanian seperti mesin menyemai benih, mesin pembajak
Rotterham, jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang menggunakan kuasa wap
telah mendorong berlakunya revolusi perindustrian di England. Penciptaan
mesin-mesin ini telah dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan
meningkatkan hasil pertanian seterusnya hasil yang berlebihan ini dijadikan
sebagai sumber bahan mentah dalam sektor industri.
Ciri-Ciri Masyarakat Industri di England
1. Kemajuan dalam
sistem pertanian
- Sistem
pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkan kawasan tanah
yang dimiliki di antara individu. Kesannya antara tahun 1761 hingga 1793,
hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.
- Sistem Tanaman Bergilir
Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah
pertanian akan digunakan sepanjang tahun
melalui penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan
seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan
nitrogen dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa
- Petani juga
turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta
menanam rumput dalam kawasan yang sama.
- Pengenalan
teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang
dicipta oleh Jethro Tull
- Pengenalan baja
kimia
- Coke of Holkham
memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang lebih moden dan tebus guna tanah secara heavy manuring
2. Masyarakat yang
berasaskan kepada perindustrian
- Perkembangan
industri tekstil membawa kepada
penciptaan mesin pemintal dan mesin tenun yang menggunakan kuasa air.
- Perindustrian
besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang bagi
menghasilkan besi tempa
- Pada akhir abad
ke-18, kuasa wap tealah digunakan untuk mengendalikan jentera
3. Kemajuan dalam
sistem pengangkutan
- Masyarakat
industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan,
jalan raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.
- Pembinaan
kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada
1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang
- Pembinaan
lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan menjadikan
sistem pengangkutan lebih lancar.
- Landasan
kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu
Durham di Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di England
4. Penghijrahan
dan pertambahan penduduk
- Masyarakat
industri menyumbang kepada pertambahan penduduk. Penduduk England telah
meningkat dengan mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh
populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya London
- Selain itu
kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari luar
bandar ke bandar. Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat
ialah Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire
- Penghijrahan
penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England
- Kehidupan
penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah penduduk
yang ketara di negara berkenaan.
5. Perluasan
perdagangan antarabangsa
- Masyarakat
industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku
pertambahan penghasilan barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam
industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester dan
Leeds.
- Demi untuk meningkatkan
perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan tarif import bahan mentah
bagi membolehkan barang-barang dieksport ke luar negara.
6. Perubahan gaya
hidup
- Kehidupan bebas
masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalah sosial yang kritikal
seperti keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan perlakuan jenayah dan
sebagainya.
- Justeru
masyarakat yang tinggal di bandar harus menyesuaikan cara hidup yang penuh
mencabar dan berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu pengetahuan
dan mengejar kekayaan.
7. Masalah
pencemaran dan kesihatan
- Industri
perkilangan menyebabkan berlakunya pencemaran yang menjejaskan kesihatan
masyarakat
- Pencemaran air
menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan bertambahnya kematian di kawasan
bandar
- Akta kesihatan
awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan memperbaiki keadaan
kesihatan masyarakat
8. Kemunculan
kelas baharu masyarakat
- Selain kelas
pekerja wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan
jurutera.
- Pertumbuhan
ekonomi yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kedudukan dan
pendapatan kelas pertengahan.
- Golongan ini
mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan perwakilan di parlimen untuk
menyuarakan kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan ekonomi.
9. Kemunculan
golongan proletariat
- Kesan
daripada akta Pemagaran Tanah menyebabkan hampir 85% tanah pertanian dikuasai
oleh pemajak-pemajak yang mempunyai modal manakala golongan petani yang tidak
memiliki tanah menjadi buruh untuk mendapat upah di ladang atau berhijrah ke
bandar untuk bekerja di kilang-kilang dan dikenali sebagai golongan
proletariat.
-
Pekerja-pekerja ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk wanita
dan kanak-kanak yang dibayar upah minimum dan dipaksa bekerja dalam tempoh yang
panjang iaitu 12 jam sehari
- Kebajikan
pekerja yang tidak terbela menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati dengan
majikan telah mengadakan rusuhan pada tahun 1800 dan masyarakat pekerja
dibenarkan untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.
- Sehubungan
dengan itu beberapa akta telah digubal antaranya Akta Kilang 1833 dan Akta
Lombong 1842.
10. Kelahiran
idea-idea baru
- Masyarakat
industri maju dalam pemikiran apabila melahirkan idea-idea baru yang berupaya
menyumbang kepada keadilan dalam bidang ekonomi dan sosial
- Hasilnya
lahirlah pemikir sosialis awal seperti Claude Henri de Saint-Simon yang menyeru
kerajaan agar memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan ekonomi dan
meningkatkan kebajikan rakyat.
-
Manakala pemikir terkenal Robert Owen pula mengatakan bahawa kapitalisme
harus bersifat kemanusiaan dalam mengejar keuntungan. Majikan perlu membayar
upah yang tinggi, mementingkan kebajikan pekerja dan masa bekerja tidak lebih
10 jam sehari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan